Monday, 20 October 2014

Hahahaaiii bababaiiiii

Ofis dah block blogger.com. Maka kita guna aipong jela huhu

Dulu masa tak block, tak rajin la plk nk update kan. Kbtlan time tu tgh sibuk, kononnya la kan zzzzzz

Alkisahnya, bnyk kisahnya... Hidup mesti terus kan walaupun mcm dah boring, hilang arah tetiba tu hahaha.. Bangun pagi2, pernah ke rasa, ya Allah, sampai bila nak hidup mcm ni, malas wehhhh... Blh ke nk sambung tido lg hahahaa

Tahun ni pun bakal nk melabuhkan tirai. Aku rasa takde perubahan besar pn utk diri aku ni haa.. Masih liat bngun malam utk tahajjud even selalu gak tersedar kol 4-5 pagi. Pastu masih tak berjaya siapkan breakfast utk suami. Ikan utk kucing aku blh plk bngn pagi2 rebus utk diorang hahahaa.. Masak utk suami pn masih jarang2. So sad!! Sedih btol suami aku tu dpt bini cam aku huhuhu

Kekadang, aku pn mcm tak sure apela yg aku duk kejar hari2. Time sibuk kt ofis, aku sronok lah sbb aku blh fokus dan tkde masa nk pikir bukan2. Time lapang, tuhan je tau mcm2 bnda terlintas. Dah smpai rumah, penat semacam aje. Pastu jadi malas giler! Ahahahaaha... Itu semua emosi dan nafsu kan! Grrrrr.. Aku mmg malas gile la bab dapur ni. Bab kemas rumah, baju kain, ok aje tang tu! Badan penat gile pn aku rela lg sapu rmh, kemas apa yg patut..

Okay okay apa la yg aku duk melepas ni hahaha.. Hmmm sbnrnya tgh rasa sedih sbb tak dpt jd isteri yg baik huhuuuu..

So sempena tahun baru (masihi dan hijrah) nak menjelma ni, aku akan cuba buat checklist perangai to improve! Then kena ada target i.e by bln brapa kna achieve. Pastu letak denda kalo tak achieve! Cmna nk measure tu hahahaaiiihhh.. Apepun aku akan come out dgn list tu dulu. Wish me luck! Ehehehee

I have to have clear plan, improvements and etc since awal tahun dpn aku dah mula keje tempat baru. Dan sememangnya itu akan mendatangkan perubahan 100% dlm setiap aspek. Seriously dah cuak. So i have to prepare something utk mengurangkan kecuakan itu hahaahhaa.. Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi aku peluang utk bekerja di tempat baru, sumber rezeki yg baru. Dlm cuak tu, ada prasaan tak szabarrr gitew hihihi... Camno la hidup kt klcc nnt. Checklist nak masak bwk bekal tu mmg dah ready. Yo la, selera sy ni tak mcm org lain. Makan memilih huhuu.. Aku sanggup berlapar le dr duk bayar mahal2, makanan pelik2 hmmmm

Resignation letter blum hantar lagi, tp offer letter dah signed. Hahaahaiii bababaii... Nnt kita update lg

Monday, 18 August 2014

ampuni aku, ampuni kami semua

Terbakor gak lepas baca snapshot dari sorang kakak senior kat fb tadi... zzzZZZZzzzz nauzubillahi minzaalik lah kan dari riak prangai syaiton ni huhuhuuuuu



terus duk recall smula apo bonda la aku duk share selama ni kt fb and social feeds yg lain huhuhu huaaaaaaa..

Ya Allah, ampuni dosa aku sekiranya aku telah riak secara tidak sedar. sob sobbbbb.. ayuh kita guna social apps dgn berhemah

Tuesday, 5 August 2014

3 series dan raya

Hahahaiiiiii selamat hari raya

Lama benar doh tak menulis kat sini. hari bertukar, bulan berganti ahahaa

Sempena dah cecah 30 tahun ni, marilah kita membobel bobel sesuka hati sesedap rasa ehehee

Hujung2 Ramadhan lepas, sibuk gile kat ofis. time orang syok duk terima kuih raya, prepare kelengkapan raya dan duk pasang lagu raya, time tu jgk la kami dapat projek baru. yabeddaaa bedduuuu.. aku rasa aku pernah update kat sini pasal projek tu yg kasi bikin stresss nak mamvus penhujung tahun lepas. akhirnya berbaloi!! client dah award dan nampaknya kpi dept dan company tercapai lah tahun ni. tak rugi bos naikkan pangkat dan dapat ex-gratia ahahahaaa.. alhamdulillah, rezeki utk semua. ayuh kita bekerja keras dan makin ikhlas lagi hehehe

okay, beralih kepada kehidupan peribadi plak. kikiikii.. kali ni puasa, almost hari2 buka puasa kt rumah. husband masak ala kadar, kami makan pun bersederhana saja. paling best, minum jus tembikai hari2. beli tembikai, blend wat jus sendiri. best, segar lohhh!! minggu akhir puasa dek kesibukan aku kt ofis dan selalu balik lambat, maka kami terjah rumah mak ayah saja. hahahaaa.. rumah sejengkal je kan. time mcm ni mmg nampak sngt signifikan tinggal berdekatan dgn rmh mertua hahahaaa.. dan alhamdulillah sbb bersederhana time berbuka, maka ibadat terawih pun smooth la jgk. tp tinggal jgk 2 malam sbb sakit perut dan demam huhuuu.. quran pun habis separuh je sbb dah period huhuuu.. apepun, moga Allah menerima semua amal ibadat masa ramadhan hari tu

kisah hari raya pula, nasib kali ni turn belah sini. kalo tak, nangis tak berlagu jugak. hari sabtu di kala org dah mula balik kg, aku kna standby utk project team buat work program n costing. nasib tak perlu gi opis. time duk kemas rumah basuh baju, henpun kat tangan sbb bosses duk call tanya itu ini dari opis. kna jawab itu ini. petang tu, baru reda lps diorang dah settle dan balik. then sempat lah menyimpul kuih ni. hahahaa.. tetiba rajin nak buat kebetulan ada sambal daging pemberian kawan.. kuih lain, beli aje. beli utk mertua dan umi. diri sendiri, bli tart nenas sajo :) setiap kali raya, mmg biasa2 saja persiapannya. hehehe.. bunyi humble tak? hahahaa


malam raya tu, tido agak lambat sebab tolong mak mertua masak2.. sebelum tu, sempat gi aeon kat rumah tu dgn mak ayah and husband. kebetulan mak nak gi atm, so kami pon mengekor sbb husband nak bli jubah. sempatlah rembat apa yg dia nak, so happy lah dia nk gi smyang raya pakai jubah tercapai. mcm takde jubah lain je dibuatnya. huh.. suka nau decide last2 minute. seriously, dia payah sket nak bli baju slua ni. especially time2 raya. pakai mana ada je katanya. kita ni plak, kalo bleh nk bli baru selalu hahahaa.. tetiba dia kata nak bli jubah utk raya, tu follow saja time dia nk bli jubah tu :)


hahahaa mcm pak aji and mak aji baru balik umrah
maka hari raya pon menjelma lah.. lps pi solat raya, makan2 dan layan kawan2 surau ayah datang rumah.. maka aktiviti raya di kota metropolitan pun bermulah.. lps zohor, abang ipar bli tiket wayang, tgk kt aeon kat rumah tu aje. tengok hercules adik beradik beramai2. aku yg bukan kaki wayang, tersengguk 2 3 kali hahahahaa.. tapi syok la jugak sbb dah lama tak tgk wayang kan. lepas tu ronda2 dan makan2 dalam tu.. then, bertolak ke midvalley. hahahaha.. jenjalan lagi. dan sambung shopping barang yg tak sempat bli sblm raya. hahahaaa



then hari raya pertama pon tamat lah. hari kedua, sepatutnya nak btolak balik kelate dlm tghari, tp suami sakit perut cirit birit plak dah. aduiii lahh. so ptg dekat maghrib jgk baru gerak. sampai kampung pon dah dekat 5 pagi kot sbb bnyk kali berhenti.. aktiviti beraya di klate bnyk habis di jalanan sbb jem lor! first day mmg berkampung kt rumah kakak. kami msuk dusun kutip buah manggis dan rambutan. suami mmg enjoy kat sana, maklumlah org bandar mana ada kebun haiwan peliharaan bagai kan.. then balik rumah umi, ziarah kubur arwah abah, pi rumah abang kat kb plak. mmg aktiviti ziarah sedara mara je lah. dah tkde xtvt nk reunion jumpa geng skolah bagai la kan. huhuuuu..

dan sampai lah kemuncak cerita birthday girl! hahahaaa.. tahun ni celebrate birthday ke 30 atas jalan raya dari kg ke dungun dan kl. lps gerak dari rumah kakak kat tanah merah, tak sangka si dia bawak masuk pekan pi singgah kedai emas. yabeddaa beddduuu aku dah senyum panjang!!! bukan selalu dpt hadiah agak bernilai ni selain masa kawen aritu kan ahahaaa.. dah orang nak bagi, maka kita tidak boleh demand bnyk2. kena terima apa yg dia pilih dan beli walaupon ada jgk sedikit hasutan kpd dia time pilih memilih tu huhuuu

keep calm and tawadduk, let's avoid riak! ahahaa

sepanjang perjalan ke dungun, jem teruk dan panas tidak lagi jadi tekanan sbb asek duk belek hadiah ni. hahahahahaaa... nasib sempat singgah kubur arwah mak dia kat dungun. sampai kubur pon da kol6 lebih. sempatla mengaji zikir sket.. nk gi makan meggi ketam, tp buat rosak mood btol kedai tu. stgh jam duk tnggu order tak sampai2, kami blahh aje huhuuu

pakai jubah umi yg dia taknak pakai hahaha.. nampak besar! singgah solat kat besut. cantek masjid nya
maka, al kisah birthday girl aritu pon tamat lah. alhamdulillah selamat sampai rawang jam 5 pagi lps berhenti bnyk2 kali. kesian drebar penat, berhenti tido. makan pun ala kadar sbb bini takmau berhenti mkn kt restoran tepi jalan. makan kepok dan buah saja huhuuu..

Kesimpulan, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku. moga aku sentiasa diberi taufik dan hidayah dan selalu di bawah rahmat dan kasih sayangNya.. dan juga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah dan diberkati :) Umur dah lanjut ni, aku harap aku akan lebih matang tak ikut emosi huhuuu.. nak jadi isteri yg baik dan solehah utk Mohd Azri. moga Allah bagi aku peluang utk hadiahkan dia cahaya mata juga huhuuu..

akhirul kalam, moga kalian yg membaca (kot ada yg baca) diterima segala amal ibadat. selamat hari raya, maaf zahir batin


Friday, 16 May 2014

Belum Senior Manager


Doakan kejayaan sentiasa mengiringiku di dunia dan akhirat.

Moga rezeki yang diperolehi diberkati Allah juga.

Rezeki datang dalam berbagai cara tak semestinya dlm bentuk wang, pangkat dsb kann. Sekarang aku tak merasa rezeki anak lagi, dan tengah merasa rezeki sementara tang pangkat uwangg tak seberapa ni kan. Rezeki dpt suami support dan tolak ansur dgn bini yg konon workaholic la sngt ni kan ahahahaa.. Tanpa restu dan doa dia, mngkin aku tak smpai ke peringkat skrg. Tak lupa family aku yg dah bersusah payah dari kecik hingga besar. Umi dan arwah abah paling bnyk berjasa. Bnyk pihak yg telah terlibat lg. paling penting bos lah yg telah recommend. Kihkihh

Hmmm mcm ucapan mnang award apa ntah. Padehal dpt apa je.. Gagagaa

Oklah, dpt title senior GM nnt aku bersara lah ;)

Thursday, 8 May 2014

Well done

Alhamdulillah...


Well done mekla.. tahniah utk diri sendiri atas segala pencapaian dunia mahupun jalan ke akhirat. selalu lah bersyukur dgn segala pemberianNya. moga Allah berikan aku istiqamah atas semua perkara baik yg dilakukan.

Bye