Thursday, 27 May 2010

Selamat Tinggal

Aku nak balik pasir mas malam ni. Cuti sampai isnin.

Aku rasa aku bakal gembira dan tertekan juga. Takpe..Selamat tinggal semua kenangan april dan may.kita mulakan jun nnt dgn gembira yer ;)












*Entri terpendek pernah aku buat.
[40 patah perkataan lbh kot..]

Tuesday, 25 May 2010

Yang berlalu biarkan berlalu. Fokus utk arini dan mendatang plak

Macam ape tajuk entri. panjang nak mati. wakakaka... okey, mari kita merangkum rangkuman hari hari yg telah berlalu....lalalaa

Jumaat ~ Tenkiu rose sbb tolong renew lesen ku! keh keh..aku rasa eksaited semacam bila menatap kad kecik nih!keh keh.. tringat time amik lesen dulu. first amik masa kt uia, aku fail trus!lantas terus fedap n tak repeat! then masuk keje, umi duk bising suh amik lesen. sbb tak rela n takut giler, selalu nangis n macam mencuka lps balik blaja keta. amik cuti semata2 blk blaja keta n trus exam. kali ke 3, baru lulus!!!ampehhh......dan lps tu dkt 2 thn tak bwk keta.lesen P tu simpan dlm purse jek. then umi n abg srta akak duk bising lg suh bli keta. adoiiii.. then beli la Kyle si Duda tuh. mcm tcabut jantung blaja drive. dan skrg, alhamdulillah, bleh la drive ke hulu hilir kan. tp msih berteman.sekali sekala jek drive sensorang. dan blk kg khamis nnt, yg ni la first nk tnjuk kt umi... antara adiah hari ibu. sbb dia lesen ni wujud. keh keh..

-IMAGE CANNOT BE DISPLAYED-

Sabtu ~ pergi postgraduate exhibition kt klcc. ermmmmmmmm... booth utama yg dilawati semestinya UIA aku tercinta! tgh berpikir pikir secara waras lagi utk meng apply master di situ. mabe buat master in management jek. UM pon dlm pertimbangan jgk. bln 8 nnt br leh anta application utk intake oct/nov. moga Allah mempermudahkan segala urusan aku. tapi kalo dpt ELP tu, hold la dulu master yer.. adoiiiii... mmg kena berfikir secara serius mngenangkan hal ini. komitmen, wang ringgit, masa, emosi dan mental. bnyk bnda perlu dikorbankan. same goes to ELP! aku prlu bersedia dari skrg. errkkkk...

Ahad ~aku tido smpai pening pning.. rasa tkde mood n lemah smngat giler. ampess kan.. mlm tu layan AF then eksaited la skjp bila si Shahir jejaka ensem tu mnang. Ahhh.... time tu jela eksaited, then aku tido la. tido sesungguh hatiiiii... adoiiii... mmg aku n tido tidak dpt dipisahkan.tak breakfast, tak lunch. jiwa tgh kacau giler kann.. so aku lbh prefer tido dan tak mnyedarkan diri. ahaksss~~

Petang tu pi picnic ngn member2 se mahallah masa uia luh kt putrajaya. enjoy la gk wlpon masa tu hati duk dup dap dup dap mngenangkan abg aku yg tetiba pitam tghari tuh.

makan makan di taman 'terlarang' wif Atin, Nani, Hanan n Rose :)

Lps picnic, cabut ke shah alam lawat abang. naseb dia ok la kan. Oh.... mmg adik beradik ni mcm air yg dicincang takkan putus kan. wlpon dia selalu bengang ngn aku sbb jarang blk lawat dia n famili kt shah alam tu, tp mlm tu dia ok la kan. rasa syahdu plk tgk muka dia pucat duk cerita penat, tak lalu mkn n stress ngn workers dia.. ermmmmm.. ntah..tetiba aku rasa bersalah n syahdu semacam. errkkkkk... tatau nk citer cmna *iskk..isskkk..sadisss..berlinangan air mata*

Then blk ke tmn desa da tgh malam da. adik follow kt blkg since cuak gk kan aku drive sensorang dari shah alam ke tmn desa tuh. naseb ada adik n abg kt kl ni kan. 'terjaga' n 'terkawal' le aku kt sini. huhuuuu...sedegil degil, sekeras keras kepala n se independent pon aku kt kota metropolitan nih, mmg aku tidak lepas dari adik n abg aku nih..kdg2 aku rasa aku mmg adik n kakak tak guna kt diorang. huhuuuu.. selalu ikut suka hati aku, buat apa saja tak gtau diorang then kalo apa2 problem psl keta, mula la merujuk diorang kan. keh keh... sengal giler aku rasa!!!

Okay, then Isnin dtg mcm biasa. tkde 'kerja berat' lagi perlu dibuat!!! adoiiii.. tertekan jiwa weh dtg duk melanguk dpn pc. naseb ada meeting smlm. enjoy la gk isnin aku. meeting smpai ke senja..waduh waduh.. then malam td pi midvali pi shooping kasut utk umi!!! dia nk pi knduri,sepupu ku kawen kt kedah awl jun nnt, so request sandal baru la kan. layan saja umi aku ni..

Aduhh... tidak sabar mahu blk kg khamis nnt. mari hitung hari, jam dan minit!!!! tak saba nk tgk 'rumah separuh baru'...yipppiiiiii.... dan blk menghadiri kenduri kendara juga..adoiii~~~

Friday, 21 May 2010

Pelajaran:Kecewa itu Guru

JIKA seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yg hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sdg belajar utk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yg sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah bahawa hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dgn izin Tuhan, yg dgn itu Dia hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dgn baik.

RINGKASNYA, ujian hidup dtg dgn pelajaran dan pelajaran itu dtg bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna kita gagal dlm 'sekolah' kehidupan. Contohnya frust cinta, hakikatnya adalah ujian yg ingin merubah kita utk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yg menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yg baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada shj peristiwa yg akan kita hadapi....maka belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan... Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.




Petikan dari satu buku yg aku baca time tetiba nk insaf & time rasa down semacam mngenai onak kehidupan aku sekarang... mcm terbakar jugakla bila ada terbaca kt notakaki buku tu tulis cmni "Mencintai seorang yg tidak mencintai kamu adalah sia sia, menyiakan org yg mencintai kamu adalah berbahaya.."

ish..ish..ish... sbnrnya da bnyk kali gk aku bc quote mcm tu,yg mcm lbh kurang mksudnya la kan, tp bila baca mlm td..aiyyyoooooo...rasa pedas semacam jek! mcm bedesing jekkkkkkkk..wakakaaaaa~~~malang dlm betuah jgk diri aku ni..ehemmmmmm....

Wednesday, 19 May 2010

Terima kasih!! ♥ ♥ ♥

TERIMA KASIH kawansss; Munie , Rose, & Ina . Korang sngt memahami. KITA SAMA TAPI TAK SERUPA CARA!!! ;)

Terima kasih sebab kalian selalu ada ketika saya gembira ataupon berduka!


Terima kasih jgk Umi sbb sudi sgr suara 'frust' saya semalam.. Kau la segalanya.. cehhh..


Terima kasih jugak kpd KALIAN semua yg selalu menjadi Penyeri dlm hidup saya, Pemberi semangat dan Penyumbang idea!!!

Paling penting, terima kasih kerana menyedarkan saya dari lamunan yg sngt dasat..naseb da sedar n da terima hakikat skit2 da skrg..atoiii..





*aku bukanlah sesempurna mana di mata kamu, tapi aku tetap aku~~~~heh!

Tuesday, 18 May 2010

Hakikat kat kat

Ini kisah semalam..


Kisah pakai skirt ke opis. gmba ni di amik utk tatapan my bestfren, ingt nk upload kt wall fb dia, tp mcm poyo lebih la plk *mcm la sblm ni aku tak poyo kan kt fb tuh* apa motif gmba ni pon,kami tak sure sngt.. ahhhhhhh... aku upload kt sini jela,nnt aku suh dia tgk kt sini. dan kisah smlm ttp menjadi semalam.. da berlalu da pon. hari ni da muncul, esok belum.. elok la kot kalo hayati satu riwayat ni kan;

"Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."











*aku tgh duk menerima kenyataan ni bhwa aku nmpk gemuk bila pakai skirt nih. dan jgk tgh duk mnerima kenyataan lain lagi mcm tayar keta aku tgh pancit skrg, lesen da expired n tak renew lagi. itu sume kenyataan hakiki! nyata! tak tipu! dan aku kena terima hakikat tuh..sngt pahit, tapi kena trima gk! dgn tgh poket kering, time ni la nk kena trima hakikat cmni.adoiii....ak bkn lah bgtu smpurna utk mhrapkn sseorg yg smpurna..~~~~adeii,pnutup yg tkde kaitan. hohoo~~~

Monday, 17 May 2010

Kecik kecik

Tak reti nk citer bnyk2 bila tgk gmba nih. Cuma tau nk gelak sorang sorang *sekuat hati*
Aku mmg bukan budak comel dari kecik smpai la besar. .bukan kategori bdk cute la sng citer kan.. hehehe. tp tkpe, aku bsyukur ngn kejadian Allah ni. Walaupon idung aku tak mancung n kulit tak secerah mcm abang, kakak n adik yg lain, aku redha n syukur jek. hehehe. nasib aku masih jadi manusia yg smpurna dan bukan oku. uhukk...




tak ingat le masa ni umur brapa. adik aku fahmi ni cute gile plk, dahle cerah. naseb besar pon maseh cute n sdkt ensem kan. kakak dia jgk menten 'mendung'..weeeee



ni masa form 3. wahahahaaa *boo lat*



-AKU ADALAH AKU.Eheemmmm-




*ngekksssss...aku sngt tensen smpai rasa mcm nk hantuk kepala bila tkde keje pon kt opis nih!!huh....cpt la restructure!!!!! da pening aku duk buat krja sama, da siap da ponnn!!! nk task baru plakkkk....aku takle duk diam, nnt aku pk macam2..waduhhhhhh...

Sunday, 16 May 2010

Jatuh...jatuh lagi..oopsss~~

Penat weh..

Letih gk yer hati ni duk pendam perasaan kt 'orang hangat'.. tp mcm best gak!hohoo..

Mampu duk sengeh sorang jela. Nak ngaku, buat buang karan je.. hahahaaaa... nk ngaku, nk ckp apa? suka? cinta? ntah..tak pasti!!!hohoohohoo..kalo dia reject???oooppppssss..

Nak tunggu dia approach, aissssssssshhhhhhhh....tu perkara mati idup kmbali pon tak mngkin terjadi la kot kan..hahahaa..

Adoiii... tp best gk duk admire orang senyap2 nih.. hakikatnya tak senyap pon, da kepoh merata alam kot...phewwwwwwwwwwww~~~

Hahahahaaa.. marilah gelak kt diri sendiri! Tensen ngn diri sendiri!! atoiiiiii....senyum sendiri!hihiii.. gilerrrrr~~~


*sengeh sorang2 layan lagu ni.. aku layan smpai aku larat, tak larat, aku tido.. huuuuu....tatau nk watpe n cmna da.Syok Sendiri jela..eheee*



I don't know but
I think i maybe
Fallin' for you
Dropping so quickly

Maybe i should
Keep this to myself
Waiting 'til i
Know you better
I am trying
Not to tell you
But i want to

I'm scared of what you'll say
So i'm hiding what i'm feeling
But i'm tired of
Holding this inside my head
I've been spending all my time
Just thinking about ya
I don't know where to
I think i'm fallin' for you

I've been waiting all my life
And now i found ya
I don't know where to
I think i'm fallin' for you
I'm fallin' for you



*sawannn... hahahaa...
[kejap ok, kejap KO..mcm biasa..hormon..heee]


Wednesday, 12 May 2010

Inilah cara untuk bahagia

Jangan Bersedih:

1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.

7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.

11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.

15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.

19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya.


*amik dari blog jangan bersedih ;)

Rabu & Khamis adalah hari keluar air mata

Okay,aku dpt jumpa balik kegemaran aku dulu dulu.. dan kembalikan habit tak bleh blaa zaman itu!

Aku kembali jatuh cinta ngn citer korea!!yihaaaaaaaa.. dan paling penting, layan lagu/ost dia yg bisa menyengat hati lalu air mata laju jatuh ke bumi -selaju mungkin!!aissshhhhhhhh... oh, aku mmg tak berubah! tetap sensitif dan jiwangssssss ;)

Kalo rasa nk sentimental, marilah dgr lagu ini, it has to be you dan marilah kita tgk citer cindrella's stepsister kt channel 303, setiap rabu n khamis jam 9mlm. ulangan hari ahad kol 11am.. (mentang mentang kt rmh da ada astro kan..hee). citer ni okay la, tkdela psl cinta je kan. bnyk kisah psl famili, dan bdk pmpuan yg bnyk memendam rasa dan memberontak! tersentuh gk laa... :

Lirik dia sngt mendalam okay!!!adoiiii~~~~



Today, i wander in my memory
I’m pasing around on the end of this way
You’re still holding me tightly

Even though i can’t see you any more
I’m losing my way again

I’m praying to the sky i want see you and hold you more
That i want to see you and hold you more

It can’t be if it’s not you
I can’t be without you
It’s okay if i’m hurt for a day and a year like this
It’s fine even if my heart’s hurts
Yes because i’m just in love with you

I cannot send you away one more time
I can’t live without you

My bruised heart
Is screaming to me to find you
Where are you?
Can’t you hear my voice?
To me…

If i live my life again
If i’m born over and over again
I can’t live without you for a day
You’re the one i will keep
You’re the one i will love
*I’m…yes because i’m happy enough if i could be with you



* ayt ni paling best!!!!oh syahdu beb!!! terus kelua ayaq mata....heeeeeeeee


Tuesday, 11 May 2010

Handle 'them' properly

HOW CAN I ELIMINATE DISTRACTIONS?


ELIMINATING THEM IS IMPOSSIBLE, BUT I SHUD HANDLE THEM PROPERLY ;)







*hohohooo..amik ayat Fadzil Estatua !!!! Hang terganggu apa la plk ni ooiii??Fokus buat master tuhhhh... hahahaa... dan mari kita define 'distractions' bersama sama...wuuuuuuuuu~~~~~

Monday, 10 May 2010

Master!Sambung Master!

Da lama aku pikir benda nih!

Dan makin berapi bila my boss ada usulkan last week masa teman dia gi present project master nya utk uem! aku team members dia utk projek integriti, kena handle questionnaire. ermmm..takyah citer psl project dia. fokus utk masalah aku nih..

Perlu ke aku sambung master? Then nk buat dlm field apa? degree dulu buat math, kerja skrg corporate comm, corporate strategy *tkdela sngt pon* ! aishhhh.... pening gk tuh..

Dan sebenarnya dua menjak ni, aku rasa tkde semangat giler nk idup! boleh tak aku ckp cmtu?macam blurrr nk mampos! bangun pagi2, selalu pikir apa perlu aku buat, apa objektif hidup utk hari ni, apa misi arini...tp selalu tkde jawapan!tergantung!aku mcm LALANG! entah...hidup mcm tkde arah tujuan.. subhanallah! pikir pikir, duk tang tu gak! mcm tkde apapon.. kadang2 aku rasa mcm jadi penunggu. aku taktau aku tunggu apa plak! gilerrrr kan..

Aiseh... aku rasa aku dlm fasa BAHAYA nih! datang opis pon otak mcm kosong. ye lah, tgh takde kerja sngt kan! aku mmg tensen giler bila aku tkde benda/kerja yg bleh buat aku bizi dan penat! *bila penat n telampau bizi pon komen, tkde kerja pon komen..apedaaa*

Adusss..aku takmau aku salah membuat pilihan! aku takmau aku sambung master sbb bos suruh atau saja nk isi masa lapang aku yg boring.. atau sambung sbb nk buat diri tu bizi bizi n isi masa lapang yg sunyi n kosong lohong nih.. alasan terbaek, tkde pkwe beb,baik smbung blaja! pikir belajar n kerja jek! sure idup terisi! *kepala hotak ekauu!!*

Setakat nk sambung master sbb terpegun n mcm jeles sikit tgk ramai kwn2 yg da ada master,aku rasa itu SEBAB tak logik utk aku jugak!

Marilah berfikir secara serius sejenak!! Perlu atau tidak??? Ikhlas redha ke tak? dan paling penting, sudah BERSEDIA kah aku?? dan apa 'matlamat utama' dan 'objektif utama' di sebalik sambung master ini??? niat kena betol orang kata...huuuuu...




*aku tgh tunggu nk join program Emerging Leadership Program kt kampeni kami nih! mcm buat master gk!tp lagi tough n penuh cabaran sbb ia mmg REAL!belajar dan trus apply!kna rotate kerja n attach kt kmpeni within uem grup! buat keje multitask! dan krja ko tetap terjamin!leh naik pngkat plk tu, aku dgr2 cite la. tp tu bkn sbb utama aku nk join bnda nih, tp sbb aku rasa aku nk cabar diri aku klua dr comfort zone skrg! aku nk LEBIH cabaran!! tapi program tu lmbt lagi.............ujung thn ni br di interview! tu pon entah dpt ke tak... tobat aku dlm dilema???????mana satu!!!!!!

Sunday, 9 May 2010

Memo untuk Umi

Selamat Hari Ibu kepada Umi saya Puan Hajjah Zaimah Mat Jusoh ;)


*umi, saya tgh sakit kepala nih! tapi saya ok saja. tetap hepi n poyo mcm biasa. tak yah runsing. sy da mkn ubat. doakan saya yer..sy selalu doakan umi sntiasa sihat n hepi srta sabar ngn perangai kami adik beradik nih especially saya ;)

*umi, saya tak ready lagi nk jadi isteri n umi yg tabah mcm umi lagi. jadi jgn la runsing sngt psl saya yer..saya nk gatai gatai dulu..hehehe. dan sebenarnya saya da fedap la umi.. biarla masa mnentukan. umi faham kan bila saya ckp camtu.. umi takyah runsing2 k. anak umi still hotsetaappp..hihii

*umi, jgn marah dan kecik ati ngn saya yer kalau saya selalu buat keputusan ikut kepala otak saya.. selalu garang ngn adik adik. dan kadang2 sdkt mninggi suara ngn umi.. saya sayang umi selalu, tak prnah telintas utk derhaka kt umi. maafkan saya umi.. saya nk jadi anak solehah, nk tgk umi abah bhgia selalu..


Saya sayang umi selalu........






Sob..sob..sob..sob..nangissssssss..ingat umi!!!
Ujung bulan ni (27-30May) nak balik kampung..jumpa umi abah. yeayyyyyy. mari kita counting days!

Thursday, 6 May 2010

"Gamba tepi"


Adrenaline= The hormone causes changes in the body to make it more efficient for "fight or flight".






*amik masa dkt 3 thn nk dpt kad mcm nih. apedaaaaa~~~naseb spoting leh kasi gmba apa saja!layannnnn~~~




Wednesday, 5 May 2010

Apa langkah paling bijak dan berkesan?

Rasa mcam nyawa tersekat sekat n tercungap cungap ptg smlm lps baca 'NOTA PEDAS' nih..

Aku ni dah le kaki bergambar, pastu rajin plk tu upload kt mukabuku tu kan.. dah tu je aktiviti rutin n mcm da jadi 'nasi' dlm hidup aku-FESBUK!! pastu suka wat status berbaur 'spekulasi' lak tuh.. berjela la komen komen pastu kan..apa motifnya?? nak perhatian kah..?? ke saja cari kontrobersiiii.. takde keje,cari kerja..YER KOT!!!

Pastu jugak suka meng tag kt sesapa terpaut di hati! Kesian kt sapa jadi mngsa..sedar tak sedar 'TAG' tu sbnrnya mmg bleh jadi 'fitnah'...dan bala kt diri sdiri.. tak psl2 'rahsia' yg cuba diselindung, terbongkar jua. pndai2 la hang jwb kan.. adusssss~~~ mmg kena jadi muka bitumen la skjp bila da terpalit kt muka sdiri tuh..aduiiiii!!

Adoi...harap aku tak sedar n insaf arini jela kan.. kena cuba slow slow kan apa yg patut! sebab diri kita je tau apa yg terbuku n tersirat dlm diri n hati kita nih..huuuuuuu~~~




* rasa malu sampai takde rasa bila tetiba teringat tag seseorang kt gmba kek batik dan macam2 lagik!!

* pening duk tapis gmba mana seksi n tidak..sbb sume gmba mcm seksi n seksa..senang2 delete album trus kah...ehemmmmmm..

Menyengat!

Suka baca bait bait Semalu Hati Sepilu Jiwa nih.. Memang sentap lah!! nak cuba 'menulis' jugak, tapi takde skill lagi.. Just amik ilham je la ;)


Gambar tema.hoho




MUAZ !!! Pinjam sekejap! THankss ;)

Tuesday, 4 May 2010

'Dadah'

Sihatkah mereka sekalian nih..aduh, RINDU!!! RINDU!!!

-six seben-

-matyamin-

-nieyna-



*Tengah bagai pungguk rindukan bulan................ermmmmm..apa bleh dibuat...telan 'dadah' baru leh zzzZZZzzzzz~~~~

Monday, 3 May 2010

Live life to the fullest!

Aktiviti terkumpul on Labour Day;

1- Pi tengok baby Yana, Farhi Irham. Sejuk ati tgk baby ni kan.. Tapi kurang sejuk bila dpt soalan kurang best dari mertua dia, hangpa sume bila la lagi ni..Yana da dpt sorang da..Ehemmmm..entah la auntie. Naik kusta da kot mulut kami ni nk jwb soalan tuh. Oh baby, doakan aunties ni cpt dpt hubby k.nnt leh ada baby jugak ;)

Ni jela baby n hubby yg mampu kudapat buat masa skrg. tu pon macam jual mahal. asek eden nk kejar. jinak la sket.. ;)
-Attend majlis pelancaran buku dan galeri kelah famili my boss kt Hulu Langat-





*there's nothing else I can say..eh eh eh eh...