Monday, 31 December 2012

Cawan warna warni

Dah lama nk beli cawan plastik ni.

Jadi smlm dpt peluang gi eeekiya sana nun, terus kurembat ini punya cawan! Huhu

Macam mngidam plk, aku mmg aim bnda ni saja. En suami je yg pilih apa yg patut untuk membazirkan duit. Huhhu hahahah

Pegi ngan adik abang and kakak ipar, seronok plk jenjalan kan. Diorg memborong sakan tp aku mmg nk bli cawan tu je hahaha

Maka dgn itu sudah abesla cuti sem aku. Weekend nnt dah start class. Bertahan dan kuatkan semangat jela smpai bln 4 nnt :)

Saturday, 29 December 2012

Bebas

Shopping kt alamanda without hubby! Hihi

Dia bagi izin join adik n kakak ipar merewang ke sini.

Yelah,tak dapat blk kampung,kna la pegi somewhere utk 'redeem' kan. Hohoo

Dan duit yg dibekalkan oleh belaiu, si isteri tidak membazir apa. Bli kmeja kerja utk dia. Si isteri tak dapat apa2 pn tak kisah. Heee, baju isteri da manyakkk. Tak elok membazirkan. *kononnya*

Next time bli barang utk isteri plk..

Monday, 24 December 2012

Time lapang

Dah ada aipon ni terajin la plk membelek2 blog kan..
Plak tu tgh tak sibuk.heaven!😍

Org cuti pnjg, sy kt ofis dan takle blk kampung kt klate nunnn. huuu

Tp terisi jgkla dgn aktiviti mnghadiri kenduri situ sini. Dah ada 2 famili ni, kna la berlaku matang dan apa2 kna ikut ckp suami. Huhu

So wknd lps alang2 tgh cuti sem, saya sedaya upaya memenuhi sgala jemputan. Kami ke kenduri khwin kwn hubby dan lps tu ada knduri tahlil kt rmh makcik beliau

Kt rmh makcik dia ada kucing comellll

Dan sbb duk pergi knduri tak bksempatan nk teman adik bngsu mencari laptop beliau. Tkpe esok cuti so harap blh temankan dia

Hmmmmm bkn sng nk memenuhi smua kehendak both families.. Tkpe akan diusahakan utk menggembirakan smua hati org




Saturday, 22 December 2012

Sem break

Yuhuuuu bestnya tgh cuti sem skrg
Bolehla rehat dgn tenang
Masa yg ada perlu lah dihabiskan sebaik mngkin dgn suami tersayang kan. Hihii

Ni test publish guna aipon. Tp bkn aipon 5. hahaha. Baru blaja guna henpon touch screen setelah da lama sebati dgn buttons. Huhu

Saturday, 15 December 2012

Doakan akuuu

Hmmmmm

cuaknya sem ni! performance masa final exam macam suam2 ajer..


aihhh... Ya Allah, moga aku lulus kedua-dua subjek tu..

nak grad cepat ni! takle sangkut laaa..

kalu takde aral, next sem nak abeskan trus 4 subjek! entah apa jadi nnt.. aku redah ajer..
pikir punya pikir, nekad trus convert next sem kepada graduating sem. sepatutnya ada lagi 2 sem.

tapi aku nekad nak convert part time to full time, then bolehla amik 4 subjek kan. kelas pun ada weekend and weekdays!

hmmm tapi masih belum disahkan selagi result sem ni belum keluar dan ada lagi 1 subjek tgh pending registration nya!

Ya Allah, aku berharap semua berjalan lancar dan aku terus bersabar dan gigih dalam menghabiskan master aku ni.

Mintak2 boss aku approve utk aku unpaid leave beberapa hari or bulan next year! oppsss!!! hayyaaaa yg pasal tempat keje tu pun blum setel.. kalu dia tak approve, aku redah ajer la.

Dah tkde hati prasaan btol kt tempat keje tu. memikirkan tu sumber rezeki, aku mmg gagahkan diri ajer and cuba pikir positif hari2 utk pegi keje. entahla, sukar dirungkai dgn keadaan skrg.. :( ;(

Aku akan terus lalui hari2 dgn seceria mungkin. takmau stress even mmg stress! nasib ada hubby yg memahami dan kadang2 bpura2 tak paham. hahaha.. I love you dear! Sorry selalu bkerut stress muncung bla bla bla... Saya muncung bla bla pun awak tetap sabar dgn karenah saya kan. wuuuuuuu

Saya nak grad cepat dan nak dapat keje baru lepas tu!!!! nak environment baruuuu.. nak pikir pasal baby kita plakkkkkk. nak itu nak ini bla blaaaaaaa


*kebabooommmmm tido


Sunday, 2 December 2012

kembali

oh hari ni genap 9 bulan kami nikah.

dan oh hari ni baru sempat buka blog ni setelah agak berkurun tidak melawatnya

entahla.. pc kt ofis tu tetiba mcm loading berjam jam bila nk log in blog. siot! buka fb bleh plk. takde makna sbb kt blekberi aku pn bleh buka fb tu.

hmm.. mmg agak kalut 2-3minggu ni. too many task and to-do-list to do!

btw, dah tanggungjawab kena galas juga even tak suka or tak mampu or takk takkk.. you won't give up, you can't fail kan!!

okay, next week dah final exam. moga aku dapat study dengan tenang dan dapat jawab dgn cemerlang. kejap sungguh masa berlalu!

dan aku akan bercuti sampai new year nnt, baru sem baru bermula! fuhhhhh bleh la berehat dan bercuti ke mana2 jap. nak gi hanimun lah! dah 9 bulan kawen blum sempat gi hanimun mana2. sob sob



Friday, 12 October 2012

Luahan je. Dah kerja, kena buat dengan ikhlas jugak

Sedih.

Stress.

Boss baru ni agak complicated.


Kekadang buat saya macam gile, bodoh, dungu.


Lusa mid term exam, belum study apa. Esok juga ada golf tournament, dan aku mcm biasa, coordinator dan manager. Secara kasar bahasa, memang aku wajib ada masa event. Lembut bahasa plak, aku dah mintak excuse sebab sabtu ahad ada kelas dan exam, tapiiiiiiiiiiiii Boss tak kasi, kena pegi jugakkkkkkkkkk even aku dah setelkan semua pre-event requirements.

Esok pagi kena ada kol 6.45am lagi kat kelab golf area damansara tu. Kol brapa aku nak gerak dari rawang nun????????????????



Otak aku duk pk 4 chapters subject mgmt policy and corporate strategy je ni. belum belek apa dek golf ni. hmmmmmmmmmmmmmmmffff

Moga dipermudahkan semua urusanku. Ameeennnnnnnn.. ikhlaskan hati :)

Thursday, 4 October 2012

Lembut

Oh semalam ada event perasmian bangunan korporat syarikat kami. Then Najib datang rasmi.

Aku jadi usherer. Tak sangka plk berpeluang salam dengan dia.


organizer kdekut giler, kasi t shirt je utk usherer. ingat dpt kemeja


Tangan dia lembut macam puteri.

Ops!! dia bukan mahram.. BERDOSA


K bai..

Friday, 14 September 2012

6 bulan

Eh rupanya kami dah kawen 6 bulan!


Love him so much..

Ok baiii...

Monday, 10 September 2012

Sem ke Enam

Semalam dah start sem baru dan sem ke 6 untuk aku!

So maknanya ada 2 sem lagu utk grad master! hoyehhhhh.. InsyaAllah, harap dipermudahkan segalanya :)


Sem ni macam best sebab dapat sekelas balik ngn kawan2 satu batch. So dah jumpa kawan se-batch, ape lagi, tang grouping, kami bedal geng-geng kami je, takde masuk orang baru. hihihii. part time master ni, cenggitula. Group dan team member memainkan peranan penting utk carry marks dan segala kerja sekolah yg berkumpulan :)

Sem ni amik 2 subjek macam sediakala. So kelas sabtu ahad. Takde rehat la ye mak ngah..

So all the best utk aku sem ni! maintain kan result bagus, cemerlang gemilang dan terbilang. Ameen

Dan harapnya, suamiku tetap sabar dan memahami perjuangan tak seberapa bini dia ni.. Time kena tinggal, dia main game dan layan kucing jela. kesiannnn. Anak sendiri, belum melekat lagi. uhukkk.. Da macam2 pesanan dapat, jgn stresssss, nnt susah nak preknen!! Aku bukan stress, cuma kadang2 tertekan jgk dgn bebanan kerja, kerja sekolah dan urusan rumahtangga. Mostly, aku enjoi sajaaa.. Dah blum ada rezeki, aku redha ajer.. Dan ada jugak yg menyokong, setelkan master dulu, baru pk babies. aku diam and no komen. If pregnant time duk wat master ni, kami terima dgn girang juga :)

All the best for us! Moga Allah sentiasa merahmati kami dan anda semua juga. Ameen

Friday, 7 September 2012

Our beloved babies

Sedih. Anak kucing kami yang tenat semalam da mati awal pagi tadi. Sedih tak terungkap... All of sudden, 3 of them left us :(

So tinggal lah lagi 2 ekor bersama mak mereka pengubat and penghibur hati kami. huuuu
Kami panggil dia tompok saja. sangat aktif dan manja. Selalu buli abang dia. Oh dia betina :)
Si abang yang selalu kena buli oleh Tompok. ni pun manja jugak. Selalu  menempek kat tuan dia
Mak zaman pregnant. Asal usul dia, kami ambik dia tepi kedai je. duk bawah keta kami. lantas hubby bawak masuk dlm keta n bawak blk rumah. dia mak yg bagus, suka bwk balik mknan mcm ikan dari kolam pancing dan takkan makan selagi anak2 blum makan. Kami suspect anak2 sakit sebab jangkitan kuman dari mknan yg dia bwk blk
Macam tak percaya mereka sakit dan pergi macam tu je. Oh gamba arwah si putih tak sempat di capture.. Takde dalam kenangan. uhukkk.. yang ada ni saja :(

mereka berlima masa kecik2 dulu
Moga mereka maafkan kesalahan kami kot ada terkasar time bela diorang dan mendoakan kesejahteraan kami. RIP wahai Siam, Comel dan Cik Teh. Sob Sob

Siam yang paling aktif, paling pantas masuk rumah kalau buka pintu. panggil siam sbb dia macam kucing siam. Ni yg paling kami adore. Tapi Allah lagi sayang dia :(

Si comel yang paling lemau dan selalu dibuli oleh kakak dan  abang

Minggu ni mata asek bengkak sebab duk menangis terkenang kesayangansss aku ni.. :(

Thursday, 6 September 2012

Hope everything goes well

Dek preparation and sambutan riang raya utk semua staff dalam group, kerja ofis dah terbengkelai dekat 2 weeks. Minggu lepas cuti sakit sebab influenza. Hmmmm..

Some of the committess

So marilah kembali fokus menyiapkan kerja yg da melampaui my height ni :)


p/s Mood tgh bercampur baur. petang semalam balik dari this event, anak kucing belaan kami dah nazak. sob sob. lepas usap2, gosok2, dia pun pergi meninggalkan kami. syahdu abess.. sepetang gak duk menangis. Baru plan nk bwk gi klinik semalam lps balik keje, tp klinik tutup hari rabu. mana tau!!Entah taktau sakit apa.. dah dekat seminggu duk murung, tanak main bergurau senda dgn adik bradik lain. kami ingat sakit biasa saja and mmg dia krng aktif ckt compare dgn yg lain.

Sekarang pun abang dia tgh nazak gak. dah bawak gi klinik, doktor suruh bagi susu n vitamin saja. Hope dia selamat. Sedihh... anak kucing kami dari 5 ekor, da tinggal 3. Taktau terkena jangkitan apa. Mngkin dari mknan sebab mak dia suka bwk balik makanan dari kolam pancing dpn rumah even kami da bagi friskies, nasi and ikan. Hmmmmm.. tu je our beloved babies kami buat masa ni. penghibur. tapi dua dah pergi. Sedih tu sngt sukar dirungkai sbb aku mmg pencinta kucing. Sob sob sobbb

Monday, 27 August 2012

Raya 2012

Well.. well... well

Mood raya blum abes! So Selamat Hari Raya utk semua pembaca Notebook Cyclops! *tu pun kalu ada org baca. haha*

Tahun ni 1st raya sebagai suami isteri. Memang agak berlainan rasanya. Dan juga 1st time beraya tanpa abah. last year pun raya tanpa dia and umi sebab dia raya kat mekah. Takpelah, yang pergi tetap pergi, kita yang hidup kena teruskan hidup kan...

1 Syawal kat Country Homes Rawang bersama famili mertua. Sempat tolong mak masak kuah kacang and goreng ayam saja sebab sampai rumah dah lambat. kata je duk dekat ngn rumah mertua, tapi kepulangannya macam kami dari johor saja. hahaha.. takdela, petang tu pegi klia menghantar famili abang pulang ke klate. Sampai rumah pun da dekat waktu berbuka. So lps berbuka baru pegi rumah mertua.Sambutan raya macam org lain juga. pegi solat raya then makan2. agak lain compare beraya di rumah sendiri- mak mertua masak bnyk makanan. dia mmg terer masak memasak ni. rendang daging/ayam memang wajib. kuah kacang pun wajib. pastu kuih tradisional ape ntah dia buat n mcm2 lagi. kalu kt kg, just goreng mee or masak nasi ayam n makan kuih raya. umi pun buat ketupat saja. org kampung katakan.. Then sebelum makan, ada acara salam2. Time nak salam mak ayah tu agak syahdu sikit. ter menangis depan mertua. sob sob... pastu salam peluk encik suami plak. baru lega. hehehehe. oh lupa plak nk transfer gambar from dlsr! Hmmm

Lepas makan2 and rehat, semua orang berkemas and membungkus makanan sebab masing2 nak berjalan jauh plak. kakaknya mau pulang ke utara rumah mertua. ayah n mak mertua sdiri pun mau berangkat ke perak ke kampung halaman mak. abang, kakak and adik lain sume ikut. kami plak nak gerak ke pasir mas. yuhuuuu

Capture from blekberi saja masa OTW balik kampung.. balik pakai baju raya tahun ni :)

Raya di pasir mas macam biasa juga. Sampai kampung pun da malam. sume kakak abang adik n anak2 buah da ada mnunggu kpulangan kami nak makan malam sama2. Best! Esoknya berehat saja di rumah. En hasben pegi kebun petik buah rambutan. hahaha. pastu kutip buah kelapa. Pastu pegi jalan rumah kakak and abang yg duk kat tanah merah n kota bharu. Jalan jem malas nak cerita. Depa semua bleh pegi lawat pusara abah, tapi keadaan aku tidak mengizinkan. Hmmmmm.. Nasib dah pi lawat masa balik tahlil 100 hari aritu.

Setel beraya di klate, kami ke trengganu plk menziarahi pakcik makcik hasben and pi pusara mak dia. org ganu suami aku ni tapi kecek ganu macam siam gok. heee.. mmg jalan sakan la jugak kt tganu tuh. Pastu agak tragis sbb aku masih tak boleh nk pi lawat pusara mak mertua sebenar aku! huuuu.. dia pi sorang je, aku duk kat pintu pagar kubur je. actually, mak dia mninggal masa dia darjah brapa ntah, aku lupa. yg ada sekarang, mak tiri je. apepun Al Fatihah utk mak and abah aku juga..


Hmmmmm... bnyk cerita lagi masa raya ni.. tapi part ni yg paling memorable.. Kalu free, aku coret lagi.

Selamat Hari Raya utk semua... Maaaf if ada terguris rasa :)

Tuesday, 14 August 2012

Terawikh & Tazkirah

Tahun lepas aku terawikh kat surau kondo and bnyk kali gak merantau pi masjid sekitar KL ngan bakal suami *masa tuu* pi masjid negara, masjid damansara etc

Tahun ni, terawikh kami pi surau dekat rumah mertua je. Surau tu memang happening. Jemaah selalu ramai dan kanak2 buat bising pun ramai. budak2 pempuan mostly besar2 dari aku. yg kecik dari aku, dijangka umur 6-7tahun. semua diorang bcampur aduk duk sama saf dgn orang tua. kdg2 aku bengang makcik2 ingat aku sama level ngn budak2 tu. Malas lah nk komen psl ada org kata putus saf kalo budak2 duk sama saf/duk tepi kita time solat. Aku kdg2 ngelak kalo bdk kecik 5-6tahun nak duk kt sbelah..

Lepas tu, yg paling best *hmmm best ke*, dalam seminggu, akan ada 3-4kali sesi tazkirah dari ustaz jemputan. Tazkirah tu diadakan lps solat terawikh 4 rakaat. lps tazkirah, baru smbng lagi 4 rakaat termasuk witir. kalo masjid kt kg aku, mana ada. terus solat 23 rakaat non-stop! stop utk doa jela kan.

Dan nak dijadikan cerita, malam tadi ada sesi tazkirah oleh ustaz fauzi kot, kalo tak silap nama dia. jemputan dari mana,aku tak brapa alert sbb lps imam announce je ada tazkirah, mata aku terus berat. sblm tu segar ajerr. hmmmm truk btol kan mind set aku..

Tazkirah pun dimulakan. aku mula tadah telinga. cuba faham and semat dalam hati. lama2 mata makin rapat dan terus rapat. dan kepala pun duk hangguk, senget ke kiri, kejap ke kanan. Adoihhh... tak pernah aku mngantuk tahap kronik mcm smlm. last week ada tazkirah, aku blh control ckt even sekali 2 tersengguk. Sebab segan ngn adik2 kt depan, aku berundur ke blkg, mnyandar kt tiang. Ada sorang makcik yg agak besar dpn aku. blh kaver line la kan. Then ada sorg budak gak duk menyandar kt the other side of the tiang. Lps bersandar, rasa boleh fokus jap. tu pun macam blur jap apala ustaz ni duk cakap.

Masa tu gak, aku tgk makcik2 dah buat bulatan sdiri, adik2 pun rancak duk borak sesama diorang. suasana cam hingar sikit belah pempuan. Tengok jam da nk dekat 1030pm. hmmm.. kalo hari biasa, terawikh da abes da ni. Aku btolkan duduk ckt kt tiang tu. Alamak, mata still berat, takleh nk fokus da ngn tazkirah ustaz tu. Try paksa buka mata lagi,, aduihhh.. memang taklehh!!!Lantas, aku tundukkan kepala ke lutut jap. Assume blh pujuk mata and hope blh angkat kepala jap lagi.

Dannn..................

Bila aku angkat muka, aku tgk smua org berdiri, imam pun da baca surah. Kiri kanan dah tkde orang. Haiyyoooo, teruk btol aku ni. tido tak sedar apa. Aku rasa baru kejap je aku tunduk n pejam mata. Orang lain pun tak kejutkan aku pun! malu btol!

Cepat2 meluru ke toilet amik wuduk. Masa tu. nk gelak guling2 pun ada. bengang pun ada. Dah ter miss 2 rakaat!

Lepas tu, aku masuk saf mcm biasa. duk tepi sorang makcik ni buat muka konfiden, anggap makcik tu taktau aku yg tido menunduk kt tiang td. huuuuu. dalam hati, maluuuuuuuuuuuu ooiiiiiiiii.. especially ngan adik2 yg segar bugar je aku tengok bertahan sampai witir! *biar la masa tazkirah depa duk kasi tazkirah sesama diorang pun* Ada geng, hepi and tak ngantuk lah kan. Aku ni sekor je, takde pun org aku knal. makcik2 pun ada geng diorang. Takde org aku nk bersapa2 time ngantuk. Huuuuu

Begitulah pengalaman lucu malam ke 25 :) Cerita kat encik hasben, dia kondem. adududududuuu.. dasat btol  ketahanan badan aku skrg. dulu macam segar n kuat je. sekarang senang flettttttttttt.. hmmmmmmm

Monday, 13 August 2012

A-ba-ya

Look simple and nice kan... teringin nak pakai abaya, so da online shopping saja.. tapi saiz dia ni confirm besar and labuh.



Takpe, adik ipar kan tailor, mintak dia ejasss.. hu hi hu hi

Abaya ni bukan utk beraya. beli sebab nk bazir duit. huhuhuhuu

Friday, 10 August 2012

Syahdu

Sesuatu perkara itu tidak akan menjadi masalah buat kita andai kita tidak menganggapnya sebagai satu masalah..



*sedih arini.. pagi tadi otw datang keje sempat tgk video iklan raya from bernas. *en suami anta arini* syahdunya kisah 2 org budak istimewa tu. sob sob.. pengajaran dari iklan tu, sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. masih ada yg lagi susah dan problematic dari kita.

Thursday, 9 August 2012

Next week dah raya!

Aduyaiii.. radio dah rancak duk main lagu raya da.. kakak-kakak ofis ni pun rajin plk duk buka radio and putar lagu raya kt pc tu. sentappp gak adik kat sebeleah ni. huuuu.. kekadang dek kesibukan and ke-stress-an keje seharian, bleh ignore je kesayuan itu. tapi tetap tersentuh bila tringat kat umi and arwah abah :(

Kejap btol masa berlalu kan. Ramadhan dah nak sampai ke penghujung. macam baru semalam aku crita stuck dlm jem setelah seminggu puasa. dan juga duk terbayang-bayang hasben duk gedek-gedek masak juadah berbuka kat dapur tuh. Memang dia agak rajin memasak sepanjang puasa ni compared to his wife. bini dia ni plk banyak masak utk sahur jer. huuuu.. cuma masa hari birthday aku tu je dia tak masak utk berbuka sebab makan kt luar :) dah last2 ni da 2 kali beli food kat luar. semalam and kelmarin berbuka kt rumah mertua sbb mak masak bnyk sempena birthday ayah. sebelum tu ayah belanja nasi beriani :) Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni kasi pengalaman masam manis utk aku sebagai isteri dan menantu orang. hihii

Bercerita mengenai raya------------oh kemungkinan besar aku akan beraya di KL dulu. malam raya pertama baru gerak balik ke kelantan dan stay bbrpaa hari, pastu baru pegi tganu kampung sedara mara dia. begitulah perancangannya. dari awal lagi hasben request nak beraya kat KL. malas nak gaduh, si isteri follow saja. adik2 kat kg duk protes suruh aku mogok ngn suami suh braya di kelantan dulu. tapi apa boleh buat, aku dah jadi bini orang lohh...kna ikut jela cakap suami yg mana bersesuaian tuh. tolerate lah sekali sekala. hmmmmmmm.

Okaylah.. lately perihal ofis ni sngt menyakitkan hati dan otak aku.. sngt menguji aku yg lurus bendul kononnnya jujur amanah ni. malas nk sentapppp n stress lama, aku redha and pasrah ajerrrrrrrr :)

Thursday, 2 August 2012

28 tahun sudahh...

Today is my birthday! hihihi

Dah masuk umur 28tahun da.. kejap btol masa berlalu. rasa baru macam umur 21 jek. uweeekkkk

Okeh..takleh nk melalut panjang. kerja ofis punyala ...hmmmmmm..mcm sesak nafas jugakla. dahla esok study leave sebab lusa pereksa!!!huuuuu.. adoilaaaa.. mmg smpai mati takkan abes kan kerja dunia ni..

Oh hari ni juga anniversary ke 5 bulan. huahuahua.. poyo ajer..

Ok, gtg!


* Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk menumpang kt dunia ni :)

Monday, 30 July 2012

Hmmmmmm

minggu ni kerja 4 hari je. jumaat amik study leave.

konon nak study utk final exam sabtu nnt.

all the best for me. hmmmmm.. moga dapat serap ilmu dgn baik dan dapat 'muntahkan' nya degan baik juga. Kena maintain pointer ni.

Minggu ni agak serabut dan tragis! assistant aku dah nk blah ke new company. haiyyyoooo, bertambah tambah lagi komitmen aku. keseorangan smula laaa menggalas smua tanggungjawab tuh. takpelah, redah jelah.

Hmmmmmmm...

Friday, 27 July 2012

Anugerah terbaik

Ramadhan dah 7 hari kan...

Dan da seminggu puasa ni, semalam terjadi momen agak syahdu! Petang semalam stuck dalam jem lebih 2 jam dek ada eksiden kat hai-way nuh!!! Sampai kat pintu rumah, azan berkumandang dengan syahdunyaaaa....dahler aku drive sdiri semalam. memang tumbuh akar le kat b*ntut tuh!

Lagi syahduuuu, masuk je rumah, encik suami dah tunggu and dah siapkan kari ayam, masak sardin dan sayur kat dapur nuh. Nasi je dia tak reti tanak. hehehehehe. Nasib ada nasi lebih masa sahur. pandai gak dia hangatkan. mintak dia makan dulu, aku kena tanak nasi lain utk my part.

Sebenarnya nak buat poyo le ckt psl hubby ni. Actually, he's good in cooking compared to me. huhuhuhuu. Seminggu ni, aku banyak siapkan menu utk bersahur je. tu pun buat nasi goreng je. hahaha.. Main dish untuk berbuka, dia yang decide and masak. aku kena arah duk tepi, buat kerja basuh2 and masak side dish saja. kelmarin aku buat bubur jagung tambah pisang. buat lebih kirim kat mertua sikit. dah rumah mertua dekat kan.. share le ckt :)

Kekadang, rasa bertuah gak la dapat suami pandai masak and rajin ke dapur. Alhamdulillah. hehehe. Kekadang, naik stress gak sbb dia lagi terer and aku kna slalu kena arah jgn menyibuk time dia nak masak. hmmmmmmfffff.. time aku masak, dia banyak komen gak. buat masa ni, menu yg dapat thumbs up dia hanya spageti, nasi goreng, pengat/bubur, ayam masak halia dan masak lemak cili api kupang. Menu lain, dapat jawapan 'hmmmmmmmmmm' jer...

Aku ni, memang takde skill sngt la memasak. just masak kampung and simple, bleh la. nak bersolek bagai, hubby memang terer. hari ke 3 puasa, dia masak kupang ala portugis. pastu ikan siakap bakar, rempah dia kelasss abes!! time dia masak, aku memang makan laju sikit. hihihihii. sebab sedap n variasi. kalo aku, msak macam utk orang sakit jewwww.. huhuhuuhuh hahahahaha

Apepun, Alhamdulillah dengan kehidupan yang Allah pinjamkan utk aku ni. Semoga Dia sentiasa limpahkan rahmat, suburkan kasih sayang antara kami. kekalkan hubungan kami hingga ke akhir hayat :)


Thursday, 26 July 2012

Aku yang kesian

aku memang tahu aku ni bendul, lurus betul.

aku pun tahu aku antisosial di ofis. *pengakuan poyo yg ikhlas*

aku juga rasa aku bukan minah gosip. aku bukanlah suka sangat nak bergosip isu itu ini kat ofis. *kononnnya lah*

aku takdela maknanya nak join akak2 setiausaha/coordinator yg takde usaha mana tu menenggek memuncung bergosip itu ini. cakap lebih, keje tkmau buat. yg tau, komen dan terus komen!sekali ketuk, baru gerak!

aku lebih suka ngadap kerja aku. bertanya bila perlu. gelak dan marah pun bila perlu juga. *hamboi,, ye  kewwww!!* pendek kata, aku memang minah lurus bendul yg kononnya serius di ofis. minah katak bawah tempurung pon ye juga!

so aku perlulah tak kisah bila orang kata aku tak alert apa2 pasal org tu tetiba kna transfer, org ni kna warning letter, boss tu kna maki n 'f*ck' dgn big boss. aku memang tak berapa nak amik tau pasal tu. apa pekdahnya? certain benda tu, kekadang aku perlu amik tau juga utk pengajaran dan tindakan susulan..bertempat orang kata!

Yang aku duk merepek ni pehal???

So, kesinambungan dari di atas, aku agak terkejut pagi ni tetiba dapat official email dr grup managing director, our ceo kena transfer! dan paling terkejut, depa semua macam biasala, da lama menyebarkan gosip ni cuma aku yg memang katak bawah tempurung ni, memang takkan amik port nya! paling aku terkejut, aku mmg dotted line dgn ofis ceo, hari ni baru dpt tau. tu pun yg dah official. lagi terrrrrkkeeejjzzzzutttt depa cakap hang ni link je dgn ofis ceo, tapi satu pun tarak tau! hampehhh... benda Private & Confidential, tetap private and confidential k! so perlu lah aku tak kisah dgn segala mak nenek kata2 itu k.


-dari aku pekerja dan isteri yang lurus bendul. asal niat aku baik dan ikhlas, lantak depa lah nk khianat aku or tikam aku dr belakang or kata aku macam2. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. aku cuma mintak Dia selalu buka hati aku, bimbing aku ke arah jalan yg benar.

Monday, 23 July 2012

Kena rajin dan tabah

Ramadhan dah tiba...

Macam2 perasaan duk ada..

Hmmmmm.... sekarang agak stress dengan pengajian master aku ni! lagi 2 weeks nak exam.

Masalah besar sekarang ni, MALAS NAK STUDY!!!case study panjang giler nak baca. kena khatam sebelum masuk exam. pastu 10 chapter nak kna khatam jugak. hmmmmmm

Aduyaiii.. tabahkan hati, bukakan minda, tambahkan kerajinanku wahai Murabbi..



daaa..

Tuesday, 17 July 2012

Persamaan

Persamaan kami yang sangat jelas--kami penggemar kucing!

Pagi ahad lepas, kucing belaan kami dah selamat melahirkan 5 kittens!!! chommmeeelllllllll k :)
nasib dia beranak masa kami dah sampai rumah dari kampung.

So kami sangat gembira. En suami eksaited jerit pagi2 yeayyyy dah dapat baby mengalahkan dapat baby sdiri..


So sekarang kami dah dapat tambahan penghibur hati kat rumah tu...hehehe

Wednesday, 11 July 2012

Latest achievement

Malam tadi masak lemak cili api kupang untuk pertama kalinya!

Dan hasilnya, MENJADI!!!!! licin kami bedal bersama2. lemak manisnya sngt masyyuukk ngan tekak. nyummmyyyyy. aku yg kurang layan kupang pun makan lebih suku periuk. si suami tu plk, mmg dialah yg juara makan!

Weeehhuuuuuuuuu..




Dan pencapaian ini haruslah direkod kat sini dan juga my twitter!! Hahahahaha.. *perlu kerrrrrwww*

Monday, 2 July 2012

4 bulan berlalu..

Today, genap 4 bulan dah jadi wife orang. hihihi *alaaaaaa.. yang tu pon nak kepoh kan..*

Alhamdulillah, saya sangat bahagia bersama si dia, Mohd Azri. Dia anugerah terbaik untuk saya :)

Semoga Allah sentiasa merahmati kami, sentiasa tambah iman kami dan limpahkan maghfirah, kasih sayang dan rezeki yang melimpah ruah kepada kami. kuikui.. tunjukkan kami jalan yang lurus dan sabar dan matang dalam menjalani kehidupan berumahtangga. ameennn :)


I love you sayang :)



Saturday, 30 June 2012

berusaha!

bukan mudah sebenarnya menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri yg berkerjaya dan juga seorang pelajar sambilan master!

apa pun, aku akan sedaya upaya menunaikan semua tanggungjawab itu!

stress tu usah diselindung lah. sure adanya!

yang penting, kena happy selalu :)

Monday, 25 June 2012

bad monday

Monday blues btol arini.

Pagi2 dah stuck almost 1 hour kat jalan duuutaaa nun dek lori rosak.

Sesampai ofis je, smpai ofis kol 915am okehhhhh, da macam2 pesanan mak eton da dapat dari coordinator. oh aku ni kan org penting *muka kerek*

Lepas setel itu ini, get ready utk briefing kat HQ kt kl sentral nun psl program kami ngn minister rabu nnt kt picc. sampai sana, kena tnggu setengah jam baru bleh mula! hancussss btol arrangement depa ni. lps taklimat, sngt bengang, apekejadah participation dlm program ni. mls nk explain ler program ni, yg penting semua nya sbb da nk mngundi!!!dah kami ni pkerja kt kampeni yg relate ngan gomen, pasrah ajer!!

Tambah bengang, time cenggini la sluar plk koyak kt bhgian poket yg menampakkan sdkt paha mak eton ni haaa...aduhaiiiii... sngt blueeeeeeeeeeesssss btol arini..

okeh okeh..bnyk kan beristighfar. mungkin dek pagi td lupa doa sblm turun rumah dipermudahkan urusan arini *balasan le tuuu...*

Thursday, 14 June 2012

Kenangan

Okay, ni gambar kenangan dengan arwah abah. ni last aku jumpa dia sebelum dia pergi buat selama-lamanya.. 

*patotlah abah tengok kami dalam2, lama2 kat pelamin aritu. mata dia berkaca sebelum merenjis air mawar and tabur beras kunyit kat kami. rupanya tu kali terakhir dia tengok kami. hmmmmm...

Majlis Bertandang 17032012- Bandar Country Homes, Rawang


Al Fatihah utk Haji Zakaria Yusoff....

Monday, 11 June 2012

Budak budak

Seronok dah dapat tengok cerita ni : mada-gassssscarrrrrr!!!

Cerita cenggini je aku layan. hehehe


Sempatla jgk layan movie this weekend. tu pun rushing je. dalam kelas, hubby whatsapp abang long dah beli tiket wayang kol810pm. tengok ramai2 ngan adik beradik in laws. sampai rumah dari uia dah kol630pm. lps maghrib terus pecut ke Tropicana Mall. Dan result nya sangat memberansangkan. Terhibur :) :)



Monday, 28 May 2012

Saja

Oh, first time buat entri kt rumah setelah bergelar isteri! hahaha *poyo*

Malam ni berkesempatan ber blogging. Duk buat assignment ni haaaa.. encik suami ke masjid berjemaah blum pulang! kerajinan aku terlebih ckt mlm ni buka buku, baca case n research kt laptop!hahahaha. sambil tu, buka blog jap sambil duk tunggu dia balik kan!


Monday, 21 May 2012

Kehidupan yang agak signifikan

macam teringin nak ubah layout blog. tapi kurang kerajinan nak godek2 cara2nya.. maintain camni lah dulu..

tak pun, tnggu kot ada makhluk yg baik hati provide manual. ahaaa


ohhhh.. memang kesian kt blog ni dah kurang dapat perhatian skrg. seriously, lately aku da jd macam antisosial giler giler! bukan stakat blog, FB yg dulu macam makanan aku, skrg da jd pinggiran jugak. twitter pun layan ala kadar jugak. entahla, macam dah kurang feel. hehehe. mungkin dek pertambahan tugas dan sgala jnis checklist dalam idup, benda ni da kena tepikan sikit. lagipun kena dengar nasihat encik hasben kurangkan update show itu ini kt fb mahupun twitter. hmm.. btol gk katanya. berpada padalah.. nak meluah pun, luah dalam hati or lempar kt mana2 yg bertempat. Aku happy or sedih or bhgia terlampau pun, aku abadikan lah kt mana2 bersesuaian :) yang penting, aku harus bersyukur dgn perjalanan hidup sekarang. heee

Alhamdulillah, itu je mampu diucap. syukur di atas kegembiraan, kesedihan, kepeningan dan segala ke ke ke... 2012 tahun paling banyak memori dan tahun permulaan segala tahun utk aku.. huuuu..heeeee. Tahun ni da jadi isteri orang, dah kehilangan bapa, dapat kenaikan pangkat dan juga automatically pertambahan kerja dan tanggungjawab. dahla sekarang aku dah mnetap di bandar metropolitan country homes rawang nun, so jarak ke ofis agkla jauh. kol 7 lebih dah kena ada atas jalan raya. kena redah jem yg sederhana. if eksiden kt hai-way tu, jenuh la aku..agak mencabar bagi aku yg da lebih 4 tahun slesa berjalan kaki ke ofis dan smpai ofis time cukup2 makan. heee.. maka juga, meter pakcik swift skrg pun da aktif meningkat digitnya. pergi balik ofis 82km oooiiii!!tapi pakcik swift tidak mentekadarah minyak, alhamdulillah. sngt berbahagia memilikinya.. second husband tu. kdg2 dia blh bertukar jadi first husband!hehe

Weekend plk, macam biasalah ada kelas di gombak. tang master ni satu hal plk, seriously dah malas giler!!!hahaha.. tang attend kelas, aku enjoy saja. tapi tang assignment and presentation, ya ampun, tuhan je tau keliatannya!muahaha.. rasa macam tang tang tu gk nk defer! hahaha.. memikirkan ada lg 3 sem, aku tabahkan dan enjoi kan hati :) :) makin lama, rasa makin dungu. hahaha

Dahla, oklah.. ter meleret plk. kang ada ter over expose!hee.. yang penting, life goes on. jangan lupa utk selalu mengucap syukur dan kurangkan mengeluh *nasihat utk diri sdiri*

See you when I see you :)




Monday, 23 April 2012

Anniversary dan kematian

Esok Pakcik Swift genap setahun!

Dan jugak, almost 1 year jugakla perkenalan aku dan bakal suami. Eh dah sah jadi suami aku daa.. heee.. Dah jodoh kan, Swift tu antara sebab musabab dan jalan jodoh kami. tak sampai setahun punnn terus naik pelamin. heee

Alhamdulillah, sebulan lebih usia perkahwinan kami, macam2 jugak kami lalui. Dugaan sebelum kawen, masa nak akad nikah, masa kenduri dan malam pertama etc , kami redah ajerrr! hhehehe

Dan jugak, paling takleh lupa, genap sebulan usia perkahwinan kami, arwah abah jatuh dan tak sedar kt kebun beliau. Then 4/4, arwah pergi  meninggalkan kami selama-lamanya.. bila diingat kembali, arwah memang tak suka tarikh yg berbentuk 3/3 or 4/4 or 5/5 etc ni.. adala petua orang2 tua katanya. patutlah aritu masa pilih tarikh, arwah macam tak brapa senang. tapi bila dirunding kembali, since our akad nikah is on 2/3 and kenduri yang 3/3, dia macam okay semula. Dan Allah Maha Mengetahui segalanya, 4/4 dia dijemput mengadap Ilahi.. Semuanya ketentuan Ilahi kan.....

Apepun, permulaan tahun 2012 aku agak mencabar jiwa dan perasaan. Takpe, insyaAllah aku akan terus kuat. Kita yang hidup, kena teruskan hudup. Lagipun, arwah sempat melihat aku dah sah di bawah jagaan Azri kan. patut aku sangat bersyukur sebab dia sempat jadi wali aku.. oh sangat sebak bila teringat semua ni..

Okay takpelah.. life goes on. aku pun dah jadi bini orang. Tanggungjawab lagi banyak. Banyak ilmu lagi kena tambah. perangai kasar n degil ni kena banyak buang. hidup berumahtangga banyak kena toleransi.. aku sedang tekun mempelajari dan menerima seadanya. huuuuuuu... kalo nyawa diambil masa ni, sure aku bukan golongan isteri mithali. banyak lagi blum praktik. kesian encik suami. huuu.. Okay hubby ku sayang, I love you, respect u to the fullest!! Everything is you. Moga mahligai kita dirahmati Allah selalu :)

Doakan jodoh kami berkekalan dan bahagia selalu.. Ameen

Monday, 12 March 2012

Moga Allah berkati hubungan kami

Alhamdulillah... kami dah sah bergelar suami isteri 2 Mac 2012 yang lepas..


So sekarang sedang lalui fasa-fasa baru kehidupan sebagai seorang isteri. muahahahaha..

*masih blurr dan macam tak percaya lagi dah jadi wife orang.. grrrr*

Friday, 24 February 2012

Yeayyy dah jumaat!

Hari ni, minggu depan, insyaallah diizinkan Allah, majlis akad nikah aku dengan azri akan dilangsungkan. Doakan kami..........

Hari ni juga, last day kerja as bujang. hehehe.. pelbagai usikan la kt ofis ni kan.. aku layankan je.. senyummmm tak perlu kata apa2..

Perasaan sekarang........... sukar dirungkai.. aku doa je semua berjalan lancar..

Thanks kepada MD aku jadi orang pertama bagi kad and angpau.. hahahaha.. dan juga secretary our director dah bagi angpau awal2 sebab tak dapat pergi majlis kt kelantan.. thank you, rezeki :)


Friday, 10 February 2012

OMG!OMG!OMG!

LAGI 2 MINGGU PLUS KOT AKU DAH NAK TUKAR STATUS!

MACAM BARU JE AKU UPDATE LAGI 2 BULAN AKU NK KAWEN.. AYOYOYOYOYOO


SERIOUSLY, MACAM2 PERASAAN NAK ADA SEKARANG NI. CUAK TU USAH KATA LA KAN.. HAPPY PON YE.. TAKUT PON ADA! GRRRRRRRRR

APEPUN, AKU BERTAWAKKAL SAJA. PERSIAPAN NAK KATA COMPLETE SEMUA TAKDELA.. MJLIS PUN SEDERHANA SAJA.. AKU MALAS NK PIKIR BANYAK.. KENA BNYK BERTENANG DLM KEADAAN SKRG!

ESOK ADA PRESENTATION ON CASE STUDY. MINGGU DEPAN ADA MIDTERM EXAM. PROJECT PAPER BLUM START BUAT APA, NASIB DALAM GROUP. TU LAH PASAL, SAPA NAK KAWEN TIME SEM TGH JALAN. (if nk kwen masa cuti sem pun, aku cuti 2 weekend saja, tkde mkna jugak. still kena buat preparation masa sem tgh jalan. if nk kwen lps abes blaja, tnggu dlm ujung thn dpn la ye..hmmm)

KAD JEMPUTAN PUN DAH MULA POS KT KAWAN2. KT FESBUK PON AKU DAH INVITE. TU PON AKU SELECT SAJA. JEMPUT PON BELAH KELANTAN SAJA.. JADI SERBA SALAH RASANYA, MACAM NK JEMPUT SEMUA KAWAN2 KE BOTH MAJLIS, I MEAN BELAH LAKI KAT RAWANG.. SEMESTINYA KAWAN2 PREFER UTK PERGI BELAH KL KAN. SAPE NK PERGI MERANTAU KE PASIR MAS NUH STAKAT NK MAKAN NASI KNDURI.. MASAK KT RMH PON BOLEYYY.. LAST2, AKU PM SAJA SELECTED FRIENDS UTK ATTEND MJLIS KT KL. AKU INFORM TRUS MASA MINTAK ADDRESS DEPA!

SERIOUSLY, MACAM2 PRASAAN DUK ADA TIME NK JEMPUT MENJEMPUT NI. KANG JEMPUT DIA NI, NK DATANG KE IDAK.. TAK JMPUT KANG, TRASA PLK.. TERLEBIH JEMPUT KANG, TAK CKUP NASIK!!! ESPECIALLY BELAH KL. IF KT KLATE TKPE JE BOLEH KERAH 'JUNG DAPUR' MASAK NASI LAUK KAN..

AIHHHH...

APEPUN.........


YA ALLAH, PERMUDAHKANLA SEGALA URUSANKU..........

Friday, 20 January 2012

Dia dah nikah

oh hari ni pujaan ati aku dolu dolu nikah.. siapa lagi kalu bukan si Ally comei. hahaha

kebetulan adik dia kawan aku kat FB, so aku follow berterusan lah segala mak datuk update dia psl ally nikah. tetiba macam syahdu abes...

Sebak dan takut pon ada.. cuak jugak mngenangkan hari aku nanti. entah camna kan.. hihihi

hmmm... besar kan tanggungjawab isteri. aku macam tak rela and takut le plak nak kawen nih.. huuuuuuuuuuu


Hisshh... mmg macam2 ujian jgk bila dah nak dekat ni. moga ditetapkan hati dan dikuatkan kesabaran.. paling penting dipermudahkan segala urusan.. ameennn

Thursday, 5 January 2012

Saja buat cuak

ops lusa dah nak start kelas utk sem ke 4!

tapi sampai sekarang result sem lepas blum nk muncul! kol gsm pon tak dapat. takde orang angkat.


ohohhohh cuakk!!





*berdebar debar debarrrr

Tuesday, 3 January 2012

Redha meredhai

sudah tahun baru... selamat datang 2012!


Hmmm... aku tkde aim or target apa2 untuk tahun baru ni.. macam tak percaya sudah masuk 2012! sebab otak berserabut bagai, macam2 nak kena pikir. benda takyah pk pon aku pk. hohohoo.. so tak sempat set apa2 utk tahun baru masihi ni. hehe

Apepun sekarang, setiap saat duk doa harap segala perancangan dan urusan aku berjalan lancar. itu saja.. makin hari, makin dekat, macam2 dugaan or gangguan perasaan rasanya. doa harap sentiasa ditetapkan hati, diberi pedoman dan dikurniakan sejuta bermillion kesabaran. tu je.. huhuhu



* redhai lah kasih sayang yg bakal terbina ni. sob sob