Monday, 20 October 2014

Hahahaaiii bababaiiiii

Ofis dah block blogger.com. Maka kita guna aipong jela huhu

Dulu masa tak block, tak rajin la plk nk update kan. Kbtlan time tu tgh sibuk, kononnya la kan zzzzzz

Alkisahnya, bnyk kisahnya... Hidup mesti terus kan walaupun mcm dah boring, hilang arah tetiba tu hahaha.. Bangun pagi2, pernah ke rasa, ya Allah, sampai bila nak hidup mcm ni, malas wehhhh... Blh ke nk sambung tido lg hahahaa

Tahun ni pun bakal nk melabuhkan tirai. Aku rasa takde perubahan besar pn utk diri aku ni haa.. Masih liat bngun malam utk tahajjud even selalu gak tersedar kol 4-5 pagi. Pastu masih tak berjaya siapkan breakfast utk suami. Ikan utk kucing aku blh plk bngn pagi2 rebus utk diorang hahahaa.. Masak utk suami pn masih jarang2. So sad!! Sedih btol suami aku tu dpt bini cam aku huhuhu

Kekadang, aku pn mcm tak sure apela yg aku duk kejar hari2. Time sibuk kt ofis, aku sronok lah sbb aku blh fokus dan tkde masa nk pikir bukan2. Time lapang, tuhan je tau mcm2 bnda terlintas. Dah smpai rumah, penat semacam aje. Pastu jadi malas giler! Ahahahaaha... Itu semua emosi dan nafsu kan! Grrrrr.. Aku mmg malas gile la bab dapur ni. Bab kemas rumah, baju kain, ok aje tang tu! Badan penat gile pn aku rela lg sapu rmh, kemas apa yg patut..

Okay okay apa la yg aku duk melepas ni hahaha.. Hmmm sbnrnya tgh rasa sedih sbb tak dpt jd isteri yg baik huhuuuu..

So sempena tahun baru (masihi dan hijrah) nak menjelma ni, aku akan cuba buat checklist perangai to improve! Then kena ada target i.e by bln brapa kna achieve. Pastu letak denda kalo tak achieve! Cmna nk measure tu hahahaaiiihhh.. Apepun aku akan come out dgn list tu dulu. Wish me luck! Ehehehee

I have to have clear plan, improvements and etc since awal tahun dpn aku dah mula keje tempat baru. Dan sememangnya itu akan mendatangkan perubahan 100% dlm setiap aspek. Seriously dah cuak. So i have to prepare something utk mengurangkan kecuakan itu hahaahhaa.. Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi aku peluang utk bekerja di tempat baru, sumber rezeki yg baru. Dlm cuak tu, ada prasaan tak szabarrr gitew hihihi... Camno la hidup kt klcc nnt. Checklist nak masak bwk bekal tu mmg dah ready. Yo la, selera sy ni tak mcm org lain. Makan memilih huhuu.. Aku sanggup berlapar le dr duk bayar mahal2, makanan pelik2 hmmmm

Resignation letter blum hantar lagi, tp offer letter dah signed. Hahaahaiii bababaii... Nnt kita update lg

Monday, 18 August 2014

ampuni aku, ampuni kami semua

Terbakor gak lepas baca snapshot dari sorang kakak senior kat fb tadi... zzzZZZZzzzz nauzubillahi minzaalik lah kan dari riak prangai syaiton ni huhuhuuuuu



terus duk recall smula apo bonda la aku duk share selama ni kt fb and social feeds yg lain huhuhu huaaaaaaa..

Ya Allah, ampuni dosa aku sekiranya aku telah riak secara tidak sedar. sob sobbbbb.. ayuh kita guna social apps dgn berhemah

Tuesday, 5 August 2014

3 series dan raya

Hahahaiiiiii selamat hari raya

Lama benar doh tak menulis kat sini. hari bertukar, bulan berganti ahahaa

Sempena dah cecah 30 tahun ni, marilah kita membobel bobel sesuka hati sesedap rasa ehehee

Hujung2 Ramadhan lepas, sibuk gile kat ofis. time orang syok duk terima kuih raya, prepare kelengkapan raya dan duk pasang lagu raya, time tu jgk la kami dapat projek baru. yabeddaaa bedduuuu.. aku rasa aku pernah update kat sini pasal projek tu yg kasi bikin stresss nak mamvus penhujung tahun lepas. akhirnya berbaloi!! client dah award dan nampaknya kpi dept dan company tercapai lah tahun ni. tak rugi bos naikkan pangkat dan dapat ex-gratia ahahahaaa.. alhamdulillah, rezeki utk semua. ayuh kita bekerja keras dan makin ikhlas lagi hehehe

okay, beralih kepada kehidupan peribadi plak. kikiikii.. kali ni puasa, almost hari2 buka puasa kt rumah. husband masak ala kadar, kami makan pun bersederhana saja. paling best, minum jus tembikai hari2. beli tembikai, blend wat jus sendiri. best, segar lohhh!! minggu akhir puasa dek kesibukan aku kt ofis dan selalu balik lambat, maka kami terjah rumah mak ayah saja. hahahaaa.. rumah sejengkal je kan. time mcm ni mmg nampak sngt signifikan tinggal berdekatan dgn rmh mertua hahahaaa.. dan alhamdulillah sbb bersederhana time berbuka, maka ibadat terawih pun smooth la jgk. tp tinggal jgk 2 malam sbb sakit perut dan demam huhuuu.. quran pun habis separuh je sbb dah period huhuuu.. apepun, moga Allah menerima semua amal ibadat masa ramadhan hari tu

kisah hari raya pula, nasib kali ni turn belah sini. kalo tak, nangis tak berlagu jugak. hari sabtu di kala org dah mula balik kg, aku kna standby utk project team buat work program n costing. nasib tak perlu gi opis. time duk kemas rumah basuh baju, henpun kat tangan sbb bosses duk call tanya itu ini dari opis. kna jawab itu ini. petang tu, baru reda lps diorang dah settle dan balik. then sempat lah menyimpul kuih ni. hahahaa.. tetiba rajin nak buat kebetulan ada sambal daging pemberian kawan.. kuih lain, beli aje. beli utk mertua dan umi. diri sendiri, bli tart nenas sajo :) setiap kali raya, mmg biasa2 saja persiapannya. hehehe.. bunyi humble tak? hahahaa


malam raya tu, tido agak lambat sebab tolong mak mertua masak2.. sebelum tu, sempat gi aeon kat rumah tu dgn mak ayah and husband. kebetulan mak nak gi atm, so kami pon mengekor sbb husband nak bli jubah. sempatlah rembat apa yg dia nak, so happy lah dia nk gi smyang raya pakai jubah tercapai. mcm takde jubah lain je dibuatnya. huh.. suka nau decide last2 minute. seriously, dia payah sket nak bli baju slua ni. especially time2 raya. pakai mana ada je katanya. kita ni plak, kalo bleh nk bli baru selalu hahahaa.. tetiba dia kata nak bli jubah utk raya, tu follow saja time dia nk bli jubah tu :)


hahahaa mcm pak aji and mak aji baru balik umrah
maka hari raya pon menjelma lah.. lps pi solat raya, makan2 dan layan kawan2 surau ayah datang rumah.. maka aktiviti raya di kota metropolitan pun bermulah.. lps zohor, abang ipar bli tiket wayang, tgk kt aeon kat rumah tu aje. tengok hercules adik beradik beramai2. aku yg bukan kaki wayang, tersengguk 2 3 kali hahahahaa.. tapi syok la jugak sbb dah lama tak tgk wayang kan. lepas tu ronda2 dan makan2 dalam tu.. then, bertolak ke midvalley. hahahaha.. jenjalan lagi. dan sambung shopping barang yg tak sempat bli sblm raya. hahahaaa



then hari raya pertama pon tamat lah. hari kedua, sepatutnya nak btolak balik kelate dlm tghari, tp suami sakit perut cirit birit plak dah. aduiii lahh. so ptg dekat maghrib jgk baru gerak. sampai kampung pon dah dekat 5 pagi kot sbb bnyk kali berhenti.. aktiviti beraya di klate bnyk habis di jalanan sbb jem lor! first day mmg berkampung kt rumah kakak. kami msuk dusun kutip buah manggis dan rambutan. suami mmg enjoy kat sana, maklumlah org bandar mana ada kebun haiwan peliharaan bagai kan.. then balik rumah umi, ziarah kubur arwah abah, pi rumah abang kat kb plak. mmg aktiviti ziarah sedara mara je lah. dah tkde xtvt nk reunion jumpa geng skolah bagai la kan. huhuuuu..

dan sampai lah kemuncak cerita birthday girl! hahahaaa.. tahun ni celebrate birthday ke 30 atas jalan raya dari kg ke dungun dan kl. lps gerak dari rumah kakak kat tanah merah, tak sangka si dia bawak masuk pekan pi singgah kedai emas. yabeddaa beddduuu aku dah senyum panjang!!! bukan selalu dpt hadiah agak bernilai ni selain masa kawen aritu kan ahahaaa.. dah orang nak bagi, maka kita tidak boleh demand bnyk2. kena terima apa yg dia pilih dan beli walaupon ada jgk sedikit hasutan kpd dia time pilih memilih tu huhuuu

keep calm and tawadduk, let's avoid riak! ahahaa

sepanjang perjalan ke dungun, jem teruk dan panas tidak lagi jadi tekanan sbb asek duk belek hadiah ni. hahahahahaaa... nasib sempat singgah kubur arwah mak dia kat dungun. sampai kubur pon da kol6 lebih. sempatla mengaji zikir sket.. nk gi makan meggi ketam, tp buat rosak mood btol kedai tu. stgh jam duk tnggu order tak sampai2, kami blahh aje huhuuu

pakai jubah umi yg dia taknak pakai hahaha.. nampak besar! singgah solat kat besut. cantek masjid nya
maka, al kisah birthday girl aritu pon tamat lah. alhamdulillah selamat sampai rawang jam 5 pagi lps berhenti bnyk2 kali. kesian drebar penat, berhenti tido. makan pun ala kadar sbb bini takmau berhenti mkn kt restoran tepi jalan. makan kepok dan buah saja huhuuu..

Kesimpulan, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku. moga aku sentiasa diberi taufik dan hidayah dan selalu di bawah rahmat dan kasih sayangNya.. dan juga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah dan diberkati :) Umur dah lanjut ni, aku harap aku akan lebih matang tak ikut emosi huhuuu.. nak jadi isteri yg baik dan solehah utk Mohd Azri. moga Allah bagi aku peluang utk hadiahkan dia cahaya mata juga huhuuu..

akhirul kalam, moga kalian yg membaca (kot ada yg baca) diterima segala amal ibadat. selamat hari raya, maaf zahir batin


Friday, 16 May 2014

Belum Senior Manager


Doakan kejayaan sentiasa mengiringiku di dunia dan akhirat.

Moga rezeki yang diperolehi diberkati Allah juga.

Rezeki datang dalam berbagai cara tak semestinya dlm bentuk wang, pangkat dsb kann. Sekarang aku tak merasa rezeki anak lagi, dan tengah merasa rezeki sementara tang pangkat uwangg tak seberapa ni kan. Rezeki dpt suami support dan tolak ansur dgn bini yg konon workaholic la sngt ni kan ahahahaa.. Tanpa restu dan doa dia, mngkin aku tak smpai ke peringkat skrg. Tak lupa family aku yg dah bersusah payah dari kecik hingga besar. Umi dan arwah abah paling bnyk berjasa. Bnyk pihak yg telah terlibat lg. paling penting bos lah yg telah recommend. Kihkihh

Hmmm mcm ucapan mnang award apa ntah. Padehal dpt apa je.. Gagagaa

Oklah, dpt title senior GM nnt aku bersara lah ;)

Thursday, 8 May 2014

Well done

Alhamdulillah...


Well done mekla.. tahniah utk diri sendiri atas segala pencapaian dunia mahupun jalan ke akhirat. selalu lah bersyukur dgn segala pemberianNya. moga Allah berikan aku istiqamah atas semua perkara baik yg dilakukan.

Bye

Monday, 28 April 2014

Panjangnya!!!!

ding dong ding dong..

bln april ni bln mixed feelings lah...

bln paling bnyk muhasabah tentang perjalanan hidup. gembira, sedih, kecewa semua ada huhuuu... seriously sangat down bila dpt tau tak layak/gagal keputusan temuduga lembaga hasil aritu. memang down giler, takle nak dikata. dahla problem keje brada pada tahap maks!

well. well. well... usah dikenang barang lepas. let's move forward!! ayuh bercerita...

pagi2 time gi keje dlm komuter, otak aku suka merewang entah ke mana2 sepanjang dekat sejam pjalanan ke kl. otak aku stop mrewang bila mata katup, tido sengguk2 time dpt seat lalalalaa.. well. well... otak dan prasaan makin ligat merewang dan muhasabah bila tgk orang2 skeliling dlm kmuter tu. bnyk kebaikan/hikmah yg aku dpt rasa semenjak jd pengguna public transport ni muehehee

bila dikenang perjalanan career dan kehidupan aku slps tamat ijazah, seharusnya aku harus bersyukur sangat2 dgn segala ketetapan yg telah diberikan Allah. Ayuh merenung... usah selalu mendongak ke atas tgk langit je, tunduklah ke bawah tgk tanah berkali berkala, bersyukur dgn segala kurniaan dan rezeki yg diberikan

2007-2011 : lps grad, aku dikira insan bertuah sbb tak perlu menganggur lama, trus dpt keje even bmula sbgai young graduate trainee yg dibayar seciput upahnya. aku pk, padan la dgn aku yg grad tak cmerlang mana. tu lah, main2 masa degree kan!dahla slh pilih course. ok, jgn salahkan masa lepas. ayuh bergerak ke depan! hahaha. nasib ada gak org nk hire aku. grad bidang lain, buat keje bidang lain. tu rezeki ok, syukur lah! sepanjang 4 tahun melalui fasa 'alam dewasa', mcm2 pjalanan hidup dilalui. kdg2 aku rasa aku hanyut, aku sesat, pastu aku patah balik. entah, bila difikir kembali, kelakarnya zaman itu.. standard eh zaman muda mudi yg life mostly dgn kwn2, jalan2 perabis duit, usha org situ sini hahahaha. ok, usah dikenang yg lepas. yg baik dijadikan teladan, yg buruk, kena taubat dan jgn buat lagi :(

dan dlm zaman ups and downs tu, aku decide nk smbung master demi 'memandu' kembali jln hidup yg mcm hilang arah je tu huhuu.. at least, terisi kehidupan dgn buku dan kerja. then tercapai impian plk nk drive swift. aku rasa masa tu, life aku dah agak sempurna ckt sbb apa yg dikehendaki, mostly 80% dapat. kecuali takde pakwe je masa tu. slalu fail bab cintan cintun hahaha.. patotlah Allah tunaikan aku nk drive swift, dari situ gak perkenalan 'rambang' dgn bakal suami kahkahkah... nk gelak je bila tringat detik perkenalan. teettttttt

2012 - mak aihh... fasa kehidupan aku dah berubah! aku da kawen lor! tetiba plk, ter kenal je and ter kahwin plk. eh ada plk main ter ter kan.. hahaha. bnyk je ujian di awal perkahwinan ditambah pula bebanan master di kepala dan kekangan keje yg masa tu baru bertukar bos. seawal perkahwinan, abah pula dijemput Ilahi. seriuosly 2012 tahun mixed mode kpd aku.. rasa sweet, dilamun cinta, gaduh2, sedih, merajuk siap mcm nk lari rmh bla blaa hahaha... eh, tahun tu jgk aku dinaikkan pangkat ke senior eksekutip! oh okay.. baru ingat... rezeki kahwen kot! alhamdulillah. plk tu, dpt schlarship utk master. okay, bnyk gak yg manisnya bila diingat.

2013- setahun menyusul.. stress tkut tak dpt perform keje, aku nekad unpaid leave utk habiskan master! alhamdulillah, habes jgk dan berjaya grad. prasaan tu tkyah citer lah.. alah.. bnda lps, malasla nk ingat. yg pnting, syukur sngt dah dpt upgrade kan diri. smua tu dunia saja. lps grad, bnda lain plk duk ganggu otak aku-searching for other jobs!!!!sempat gi interview 2 tempat, dua2 tak berjaya. hmmmff makin budus ke apa aku lps dpt master ni tp tak brjaya grab keje tu. oh okay, tu bkn rezeki aku ok. ckp kna ingat tuhan lah mcla! dan 2013 berlalu dgn mcm2 cerita juga :)

2014- oh okay, dah 2014 da ye.. pejam celik aku da nk masuk 7 tahun kt kampeni oren ni ye. dan dah 2 tahun jd bini orang hihihii.. seawal tahun, aku rasa down sngt psl kerja ni. siap sound dpn2 bos sy nk resign dlm masa tdekat. dpn bos HR pon aku rilek je bantai, dah susah sngt nk wat itu ini, I berhenti je... dlm fedap aku duk hari2 ckp nk resign tu, jauh di sudut hati masih terpalit rasa syukur dan kebertanggungjawaban terhadap amanah yg diberikan. dah rezeki aku masih kt sini, aku harus tempuh gak kan apa jua onak duri.. tup tap, fail la plk interview ngan lembaga hasil tu. punyala aku confident akan diambil masa interview aritu.. last2, hmmmmmmmmm... pendek cerita, aku masih di sini di sini di sini di sini... huhuhuaaaaaaaa

last friday bos panggil ngadap. hmm sbnrya hari2 masuk blk bos ngadap dia.. nmpknya hari tu dia agak serius dan semacam ada cerita besar yg nk dikongsi. aku mcm biasa, muka selalu tak bersalah. pastu adala senyum gak sbb baru lps cek akaun. gaji dah masuk. pastu bbrapa hari sblm tu dpt surat psl bonus. mnggu dpt rezeki la lbh kurang mnggu lps. so aku snang je snyum hahahahaa. kalo tak, bkerut dan serius semacam dia juga hahahahaa

Ding dong ding dong dia mula berbicara. aku senyap saja menghormati segala tutur bicara dia. seriously, dia baik orngnya. aku ni kira bertuah dah dapat 2 orang bos yg sngt 'mengenali' peribadi aku yg kdg2 aku sndiri lost psl aku sdiri hahahaha.. awal2 dulu aku tak suka dia, sngt moody dan strict gile. naik weng nk uruskan dia. lama2, aku rasa dia ni ok ajer. better gak dia push2, tkdela aku duk hanyut lembab nk mampos wat keje kan hahahaha.. ok, berbalik semula cerita ngadap dia. bla bla blaaaaa dia mengatur bicaranya. aku mmg pekerja yg baik (kononnya la kan hahaha), slalu hmm, ye puan, ye, ye je jawabnya.. slalu akur dan patuh dgn sgala suruhan dia dan skali skala melawan juga. kikikiiii hahahaha

okay, last2, dia ckp dia promote aku to another level. means naik pangkat kah, tnya aku kepadanya? yep.. tapi surat tak dpt lagi. okay, bye.




Tuesday, 4 March 2014

2 years & 2 days

kahkahkah..

kita start dgn gelak dulu.

ahad lepas genap 2 tahun usia perkahwinan kami. alhamdulillah Allah masih panjangkan jodoh dan moga dikekalkan jodoh kami ke akhir hayat (till jannah, sambung lagi)

kihkihkih...

kita gelak lagi.. 

mari bersyukur.. alhamdulillah..

okay, macam tak sangka aku dah jadi bini orang da 2 tahun lorrrr.. nasib blum jadi mak orang lagi. lagi la aku nganga luas2 mcm tak pcayaaaaaa lalalala

hahahahaha

jom gelak lagi.. nak gelak lagi bila teringat 'rumah hijau' ni.. mksudnya da dekat 2 tahun jgk lah kami tinggalkan rumah hijau cantek ni dan sepanjang 2 tahun kawen, da nak masuk 4 buah rumah kami pindah keluar masuk rumah hahahaha.. gelak dan terus gelak psl rumah

rindu plk nak make up cantek dari kak mimi ni dan pakai baju mcm gaun ni hahaha
apepun, hai anniversary ke 2 buat Azri dan Fazila hihiii.. moga Allah merahmati rumahtangga yg kami bina ni. Jika dah tersurat kami belum dapat baby lagi anniversary ke 2 ni, kami ttp mensyukuri dgn sgala apa jua rezeki lain lagi yg kami telah kecapi spanjang usia perkahwinan ni.. kami tetap happy even tnpa bab(ies) lagi hihihiiiiii. Luas dan macam2 rezeki lagi kurniaan dari Ilahi!!! so keep on moving and stay happy hihihiii


Monday, 10 February 2014

hujung minggu

eh rasa rajin plak nk mengomel kat sini kihkih..

selain tido (aktiviti normal-hobi) pada hujung minggu lepas, adala beberapa aktiviti dilakukan kat rumah tu kan.

sabtu mmg hari mendobi, mengemas, mengemop rumah bagai.. usai semua tugasan, mula la aku mentido kan diri plk since hubby bekerja hihiii..

seriously, aku prefer tido, membuta lar kalo tiba hari minggu. selalu en suami merajuk/muncungggg sebab aku selalu bnyk alasan kalo diajak beliau utk berjalan2 or pi mana2 temankan dia time cuti ahahahaa

tapi kadang2 tu, aku follow lah arahan dia jgk hakhak. join ler dia nak gi mana2. bkn selalu gak membutoo kihkihh

maka semalam ter ikut la aku pi support dia main bowling ngan jkkk/geng surau dia - saujana rawang kat selayang. mula2 tu takmau jgk sebab kena pi pagi2 buto lagi around 9am. mokcik ni yg memang gemar tido akan liat le lps subuh tu kan hihihii. tp takpolah.. demi suami, aku follow saja. kna masuk ngan masyarakat jgk. berkurung je aku ni kan huhuuu

azri - fazila

then lps abes event, kami ke kundang kenduri kahwin kawan diploma dia dulu. mak aihh... kwn dia muka mcm clark kent!!! eh lg hensem dr clark kent lah! hensem sioottt. ternganga jap aku tgk. kahkahhh.. muncung ler jap en suami kan.. tp takpo, dia tau aku mmg 'mata liar' hakhakk..aku lalai jap jer. hakhakk.. apepun en suami ttp ensemmm n switt di mata ku ececeeee. tp mmg kacak lor kwn dia tu wakakaaaa.. bini dia plk.. hmm okla jgk (faham2 ler)

okla kan.. sbnrnya eksaited nk crita psl kwn dia tu je hahahaaaaaaaaaa

then, psl kucing kami ni heh.. skrg dah ada 4 ekor! en suami mmg suka kutip kucing. pantang tgk anak kucing terbiar, dikutip lah... aku pon suka kucing gak, tp berpado2 ajer.. maka kami pon sama2 membela lah makhluk2 ni. mmg terhibur la gelagat diorang ni.. senang la jgk diajar. si kecik tu pndai membuang dlm toilet masa terkurung dlm  rmh aritu. selalunya kami biar kt luar rmh je time gi keje. so diorang blh bebas gi mana2. lg pn kt kwsn rmh tu, adala jgk tanah/kwsn/rumput/pasir utk diorang berak or apa. ptg sbtu tu layan la diorang main di laman rmh
kakak duk monitor adik2 angkat duk main. abang duk pnjat pokok sblh hee
oklaa... da malas nk mnaip da.. hahaaaa

byee

Monday, 20 January 2014

lalaaaaa

eheheee.. dah lama tak update sebab selalu post kt fb or twit saja.. kalo rasa nak menyumpah, aku twit saja, nak rasa best and riak situ sana sini, update fb saja hahahahaaa

daaa daa daa

lallaaa laaaa

selamat tahun 2014

Sunday, 8 December 2013

Hmmmhhh

On leave semalam tp boss call suruh masuk ofis, URGENT katanya.

Mmg takleh nk describe lah kan prasaan masa tu macamana. Masa boss call ada dgn famili kbtlan umi n kakak dtg kl sempena adik konvo. 

Rosak plan nk msuk hall teman umi. Rosak plan nk prepare n bli barang utk short vacation kt sepang nuh! Haihh mmg smua rosakkkkk. Apekan daya, demi tugas itu, redha lah dan pergi jela ke ofis.

Kol7 lbh baru settle. Then blk rmh amik suami trus mnuju ke bagan lalang. Famili dah ke sana da. Otw ke sana dah 9 lbh, boss call lg. aku dah cuak! Takkan kna pi ofis lg. oh nasib baik dia just inform keje yg kami settle td tu kna komen lg by coo. Direct je aku sound bos, bodo btol coo tu, ape benda dia nk lg. lantak pi kt dia lah, isnin ni baru re-submit. Huh!!

Ok, even skjap je dpt spent masa ngan family members, rasa happy la jgk




Tuesday, 3 December 2013

Hoyehh akhirnya!!

Hmm ini cerita agak basi.

Akhirnya bln nov aritu berlangsunglah majlis graduasi ijazah sarjana aku - bahasa melayu tulen gitu. الحمدلله, itu je ungkapan ringkas yg mampu aku luahkan. Aku rasa aku punya kisah tragis yg tersendiri dlm menghabiskan master aku ni..Sapa suruh carik nahas kan hahaha

Tp aku takkan lupa segala jasa baik suami serta keluarga atas segala bantuan dan understanding yg diberikan. Paling sedih, arwah abah tak sempat tgk aku terima master! Ok, takmo feeling takmo nanges lah kt post ni. Smua dah berlalu dan aku akan kenang sgala jasa yg diberikan oleh mereka smua. 

Macam fresh lg kot kisah call academic advisor utk defer final exam sejurus abah hembuskan nafas terakhir beliau. Dan paper tu baru dpt re-seat last semester! Padehal abah mninggal masa aku sem ke 4. 3 sem kna tunggu! Hahaha. Macam2 kisah pahit manis kot kalo diingat

Dan mcm tak sangka gak, aku habeskan master dgn title Puan sudaaa. Masa decide nk wat aritu, aku single dan mcm takde cahaya lngsung psl jodoh masa tu hahaha. 

الحمدلله dia anugerah terindah!! Bkn master or degree pengukur cinta kami..kahkah poyosss! Mcm terharu plk bila diingat kalo kelas pagi weekend, dia akan siapkan sarapan dan bekal. Then blk kelas dah mlm, dah ada juadah atas meja utk kami makan. If kelas start malam, bertapa lah dia jgk kt uia tu tnggu bini abes kls! Time aku kekadang rajin stay back wat assignment, dia temankan lah smbil main game kan. Oh bnyk lg pengorbanan dia yg aku slalu lupa dan jarang appreciate! Aku cuma tau merajuk merajuk sentap bla blaa.. Aku ni teruk lah kan haha. Dah la malas memasak! Opsss  tp skrg da rajin da ckt. Da ada bnyk masa da hahaha

Oklah.. Settle kt sini jela psl konvo 

Pengaruh running man- dpt girraffe dan lion as hadiah. Haha.. Bini dia ni bkn penggemar bunga, so soft toy je kot yg snang en suami nk bagi kan haha.. Org lain duk kendong bnga besar2, aku rilek aje kendong menatang ni kuikui. Tak kesah lah psl adiah tu kan, yg pnting kasih syg yg dia bagi yg tak terhingga nilainya.. I love you ayang hihhii

Tuesday, 19 November 2013

Hai hai

Finally, Esok is the tender submission to p*tronas!

From Sept until now, dah november. Macam2 hal berlaku demi nak menyiapkan segala tender requirement.

Okeh, ini high profile punya project.

Pening jgk kna coordinate.. Tu aku dah lama tak hapdet blog ni.. Alasan ler sngt tuuu

Hahahaha...

Nanti sambung.. Daaaaa

Wednesday, 28 August 2013

Vacation ler sangat..

Raya tahun ni jalan tak henti henti..

Mula2 balik kelantan.. Lps raya sakan la jgk kot, masuk ofis ngadap keje btimbun2.. Siap everyday smpai rmh dkt kol9. Org lain sibuk bercuti lagi, aku kna stay back kt ofis.

Then weekend muncul,dgn tkde rehat trus pecut ke terengganu attend wedding spupu hasben. Masa tu dah demam mngkin sbb tak ckup rehat.

Balik dr trengganu, trus masuk keje. Sama jgk kondisinya kerja non stop. Kna stay back. Paling worst, setel keje smpai 10pm utk 2 hari. Badan pnat gile! Dan masih demam. Tp demi tanggungjawab, xle amik MC, truskan berkhidmat.

Then weekend muncul lg. pagi2 trus pecut ke johor plk ada knduri spupu hasben lg. seriously pasrah saja! Badan mmg lembek, demam tak kebah2..

Pendek crita, skrg kt klinik nk mntk referral letter utk ngadap specialist lg.. Asek demam, badan lesu, kpala sakit mcm kna cucuk2..

Main topic, nak tepek gmba spnjang "vacation" aritu, smpat la jgk berposing even demam2 n muka sembab. Antara hasilnya

Kt masjid di dungun utk majlis akad nikah..

Teman en suami si baju ijau mandi pantai..

Kenduri kawen esoknya.. Bergedik2 ckt :)

Jumpa kwn uia. Skrg dah jd sedara plk huu

Sambutan raya kampeni.. Ngan mila :)

Kenangan di johor ngan budak2 comel

Bye... Doakan sy cpt2 sihat..


Tuesday, 13 August 2013

Salam lebaran

Selamat hari raya!

Takde gambar raya lagi smpai ke hari ni huhuhu... Aipon 5 ni jd playstation utk anak2 buah raya aritu. So takde pluang la kan nk snap itu ini sbb jd brng hot! Ksian sapa duk sms whatsapp bgai lmbat reply dan ada yg tak berbalas.. tak smpt tgk fon! time blk kg ni lah blh kurangkan xtvt di laman sosial jgk kan hahahaha.. Kasi chance lah, bkn slalu pn kan.. 

Tahun ni kami beraya biasa2 saja, sprti tahun sebelumnya. Thn lepas tema dark blue, thn ni dark purple.. Oh dark colour tu colour orang2 zuhud dan taste ketuaan mcm aku ni hohohoho

Tahun ni dpt blk berbuka puasa dan rasa sambutan 1st day raya kt klate hehehe. Thn lepas i raya kt key ell u dgn famili mertua. Semestinya agak lain lah prasaan tu. dan cipta sejarah, tak sempat pi braya rmh sapa2 pn sbb jdual pack dgn xtvt famili.. Kami buat bbq lah, kenduri lah dan mcm2 gathering.. Raya ketiga da btolak pulang ke kolumpo!!! Tak sempat ketemuk lagi dgn kwn2 lama huhuhu.. Hnya mmpu tgk depa updates kt fb dan aku hnya telan air liur smbil tkedu mengimbau memori lalu :(

Apepun, alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita semua utk meraikan lebaran thn ni. Salam kemaafan dihulur andai ada terasa hati..

Meh sambung beraya hehehe

Wednesday, 3 July 2013

Trust His plan

Tidak guna aku bersedih bermuram durja sempena kegagalan aku diterima bkerja di sebuah cmpny ayam ni...

Aku seharusnya mencari jalan utk memujuk diri dan mengubah cara kerja aku di tempat kerja skrg.. Mngubah harapan, persepsi dan tanggapan kerja buat aku di sini supaya aku gembira dan enjoy dgn rezeki yg Allah bagi kt aku skrg

Seharusnya aku kena tingkatkan motivasi diri utk terus berjuang utk pembangunan syarikat.. Ramai mmerlukan skill dan klebihan aku di sini. Knapa aku yg jual mahal dan nk melarikan diri. Ramai aja yg appreciate kerja aku tp knapa aku slalu pertikaikan? Kau mmg tidak bersyukur ... Bersangka baik lah mclaa.. Bkn smua org dpt pluang mcm aku dpt skrg ni.. Demmmm yuhhh

Slagi pikiran ko tu kotor dan buruk, slagi tu kau tak enjoy dan duk pertikai itu ini.. Think positive dan terima hakikat k!

Trust His plan! Allah dah tetapkan yg terbaik utk kita. Tawakkal plisssss 

Wednesday, 5 June 2013

Sweet suku abad sayang!!


Happy birthday to hubby!

Wife mu bagi present ala kadar je la ye.. Hadiah tu mngkin tak kekal lama..Yg pnting doaku slalu mngiringimu moga diteguhkan iman, disihatkan tubuh badan utk trus melayari hidup bersama-samaku dan beribadah kpd Allah.. Dan juga sntiasa dimurahkan rezeki :)

Nak list kan doa tu kt sini pnjang n look over la plk kan. Hehehehe

Akhir kata, alhamdulillah di atas sgala kurniaan dan pemberian dariMu ya Allah

Thursday, 30 May 2013

Much in little

Alhamdulillah...

Selalu lah mngucapkan syukur atas apa saja yg berlaku dlm hidup kita tak kira sama ada susah senang sedih atau gembira.

Alhamdulillah aku masih dikurniakan rezeki utk hidup dan terus mencari rezeki di tempat kerja skrg.

Akan kupanjat lagi syukur jika diberikan peluang utk mencuba nasib di tempat lain pulak. Ini bkn statement tamak atau tidak bersyukur kan. Hehe

Last week pergi interview mncuba nasib kt sbuah cmpny yg agak berdekatan dgn rmh. Amat tinggi harapan aku utk diterima bkerja di situ atas bbrapa alasan kukuh- career development dan pling pnting dkt ngan rmh, takyah byr tol. Blh mnabung lebih huhuhu.. Hmmmm aku berdoa n tawakkal jela skrg. Harap diorang sudi hire aku huwaaaa

Okay, doakan daku


Daaaa....

Friday, 10 May 2013

Lalalalala lulululu

Wakakaka gambar pasport terbaru!

Semalam pi amik gamba baru utk attach kt application form satu keje ni kt kampeni xyzabc ni lalalala

Dan dipendekkan cerita, tetiba jgk dpt email from HR psl nomination for potential talent program in our group company. 2 org je selected!

Cett mcm2 tau2 aku tgh berusaha keras nk klua dari sini. Nk pegang aku ler tewww kan huhuhu * bajet hebakkk*

Ok, tgh consider utk accept the offer to join the programme ke tak hmmmmmm

Boss dan ex boss dah duk follow up brapa kali ntah apa decision aku.. U shud join katanya. Bkan sng terpilih cenggini

Okay nk kna diskas jgk since program ni tough. Potential leader katanya.. 18bln yg perlu ditempuhi dgn mcm2 cabaran dan paling pnting, dpt klua dr sini. Weeehuuuu.. So plis decide now!!!

Doakan yg terbaik utk aku.. 

Thursday, 2 May 2013

Jom memangkah!

Balik kampung!

Nak mengundi utk second time!

Encek hasben nama bliau masih tidak tersenarai utk memangkah. So kna ikut bini blk klate la ye wakakaka

Aku taktau nk pangkah apa lg ni. Tgkla apa tgn prefer bila dlm kotak nnt huhu

Takde mood btol aku psl politik ni.. Blk mngundi pn sbb tanggungjawab *konon*

Okay, nanti blh gi ziarah kubur arwah abah gak nnt.. Teringat dulu arwah yg gendong naik moto gi ngundi kt skolah.. Kali ni abah dah takde. Sobbbb!

Al Fatihah utk abah.. Rindu dia huhuhu..teringat dia msti nangis.. :(

Monday, 29 April 2013

Belum lagiii

Petang smlm saja wat gedik upload gamba newborn kt fb.. Wat surprise le konon kt kengkawan yg tak follow mana aku kt fb tu kan. Hahaha bajet tu anak baru kami! Wakakaka

Sah2 le tu bukan our baby but our new niece.. Nama blum di finalise lagi

Hmmmm... Takle bayang cmna aku ada baby nnt.. Pregnant pn blum, so aku mmg tkmau brangan2 lebih. Hehehe. Nak kata tak bersedia, bkn jwpn yg tepat kot.. Sapa yg dah kwen tkmau ada anak kan. Bsedia ke tidak tu bkn alasan okeh! Aku pn tkdela plan or apapun. Ramai yg mneka aku plan sbb kawen masa duk further study kan. Aku senyum n sumpah seranah dlm hati je kt org yg teka cmtu kt aku hahaha

Yg penting... Bnda tu rezeki dari Allah. Aku rilek2 saja.. Takde rezeki lg sbb prangai aku teruk nk mamvos kot! Hahaha cmna nk didik anak nnt.. *mmg nk kna pelepangggg wat statement cenggini wakakaka*

Apapun, kami hanya mampu berdoa dan tak lupa jg berusaha. Ada rezeki nnt, adala..

Sama le time bujang dulu, skeliling duk tnya bila nk kwen.. Da kwen, org tnya bila nk brisi. Hmmm mulut org takle tutup.. Redah aja. Yg pnting kita kna happy dan kita je yg tau keadaan, prasaan diri kita ye..

Okeh encik azri, moh kita enjoi2 dulu sblm ada pasukan ni! Lagipon ramai yg bajet kita ni still couple, bdk skolah.. Tu yg tak lekat2 lg kot. Hahaha...

Daaaaa