Thursday, 15 September 2011

Tahun ni or tahun depan?

Sem baru aku dah mula!!

Sem ni macam biasa kena amik 2 subjek jgk.. takleh nak lebih2.. amik sbjk marketing and bus. econs!


Tapi skrg aku tgh agk confuse, nak amik satu sbjek saja atau 2 subjek?


Semuanya gara2 tarikh keramat yg kurang confirm lagi tu.. Isk!

Tarikh add/drop sbjct dah mnggu depan... oh no!!!



*bertenang sajalah...

Friday, 26 August 2011

Moga Allah berkati kami

Hari ni last day kerja untuk Ramadhan tahun ni. InsyaAllah pagi esok bertolak pulang ke kampung halaman.


Ermm...dan untuk pertama kali dalam hidup, tahun ni beraya tanpa En. Zakaria dan Pn. Zaimah. huhuhuu.. diorang kat Mekah sekarang menunaikan umrah. So kami adik beradik jela beraya bersama sama di kampung. Entah apa perasaan... Sekarang pun macam takde feel langsung nak balik kampung apetah untuk sambut raya. Dahla tengah 'bercuti'.. aduyaiii.. 10 Ramadhan terakhir aku kelammmm :(

Juga raya kali ni adalah first raya dan first time utk pakcik Swfit pulang ke kampung halaman. kuiikuikui.. Tahun lepas balik kampung naik Kancil.. tahun ni tukar 'baju' lak. hehehe.. bukan untuk riak, tapi rasa mcm skejap plk waktu berlalu.. pakcik Swift pun dah usia 4 bln..

Dan juga dah hampir 5 bln jgkla aku mngenali Encik A!! Macam tak percaya... Dan juga brapa bulan ntah hangat dilamun cinta. kononnyaa lah!huhuhuu.. Cinta ka? Taktaulaa... Tapi mcm 'kejutan elektrik' gak tetiba hadir seorang 'mini malaikat' (ada kaa??haha) dalam hidup aku si minah 'mini setan' ni ..huhuhuhu... Aku pun macam tak percaya gk tetiba hadir seorang 'makhluk' yg sudi menyayangi aku, mnerima kekurangan aku dan sangatttt bersabarrrr dgn perangai aneh lagi pelik aku ni..oh!!bersyukur gak kenal ngn dia.. Dah bnyk dia 'AJAR' aku! :)

Entahlah.. sukar untuk diceritakan tentang kami. Yang pasti, dia adalah 'junior'! dulu aku slalu duk main2 tntg term anak ikan.. skrg kna dan dapat untuk diri sendiri.. tapi best gak! kami sngt BERBEZA!!!even selalu bertekak, tapi sangat best!huhuhuu...

Okay, dahla psl dia. macam malu n poyo plak. hee

Sebenarnya sekarang aku tgh belajar utk menjadi 'confidential'..haha.. apa itu?Entahla..aku pon main redah je term tu! Mungkin sebab tu jgk aku dah kurang update. (Alasan......sbnrnya slalu klua dating, then busy keje, busy study..so kurang masa nk update lah. hahaha).. Takde, sbnrnya aku skrg tgh mlalui fasa 'kehidupan baru' dan mngkin insyaAllah next new phase plk akan menyusul. Doakan aku.. ermm.. doakan kami... Fazila & Azri :)

SALAM AIDILFITRI untuk semua!! Maaf if ada terkasar bahasa, terguris rasa.. Moga Allah merahmati kita semua!

Tuesday, 2 August 2011

Birthday dan MA

Today is my birthday!

Happy birthday to me!



Tahun ni dapat special gift iaitu MA. Ya Allah, berkatilah hubungan kami dan permudahkan urusan kami..

Dan harapnya di bulan Ramadhan yg penuh barakah ni, Kau pimpinlah aku ke jalanMu selalu Ya Rabb! Jauhkan lah aku dari pengaruh nafsu dan perasaan dlm membuat kputusan dan dalam menjalani hidup seharian..

Amin.


Sweet 27 Mc Laa :)

Monday, 25 July 2011

Bercuti lama

Hello!

Hello!


Adoihh... dah lama betol tak update kat sini!


Semestinya sangat sibuk dengan 'DUNIA BARU'. Welcome my dear to my silly life. heeee :) :)

Dan juga sibuk dengan DUNIA PELAJAR SEPARUH MASA. DUNIA KULI BATAK SEPENUH MASA.

Oh macam2 cerita jadilah.

Apa pun, moga Allah berkati perjalanan hidup aku. Tunjukkanlah kami jalan yang terus.


*to be continued*

Wednesday, 8 June 2011

Gambar yang dah berkulapok

Gambar ini susulan kerajinan yg tetiba datang lalu ter transfer lah from E72 ke dinding cyclops nih!

2 minggu lepas pergi kelas, park kt tempat dep. director GSM. weekend je, deputy director mana dtg kerja kan.. so kami student part time ni slalu lah mngambil parking directors ni ha. masa ni pakcik swift baru lepas dimandikan. so takut kena ujan, parking la bwh bumbung tmpt pakcik director. then nak blk kelas malam tu, hujan turun dgn lebat. so sesia jgk la mandikan dan teduhkan dia. kna blk redah ujan jgk :(

Then ini kjadian jumaat lepas. on leave on that day kononnya nak study for exam on saturday. tapi tkde mknanya.. tengahari tu meluncur laju pergi ke bengkel abang. kebetulan adik bongsu br smpai dari klate lepak2 dtg bercuti kt rmh big bro. dahla dtg senyap2 bwk moto dr klate ke kl tnpa inform umi. sebagai denda, kakak dia ni pon mendenda membasuh pakcik swift. hahahaha. berkilat wooooo.. jimat RM6 :D

Dan last skali, kejadian hari sabtu lepas selepas midterm managerial finance. pergi makan2 n lepak2 ngn ex housemate masa kt matrik uia, nadia!!! dah bertahun kot tak jumpa dia. kbtln dia trn kl before terbang bercuti ke china, so kami pon membuat tautan kasih la.. seronok n release :)

Sampai di sini dulu kerajinan ku...ekekeke

Sebenarnya bnyk kisah lagi yg perlu dicoret, tp sbb kerajinan dah abes, so tamatkan di sini. lagipon malaslah nk kenang benda2 stress or mnyedihkan. lately bnyk gk la dugaan, kesedihan di selang seli kegembiraan mnimpa diri aku ni kan.. tp nk wat cmna, idup mesti trus. rasa down ke, sepi ke, putus harap ke, aku kna gagahi hidup juga kan.. chaiyok!! :)