Monday, 28 May 2012

Saja

Oh, first time buat entri kt rumah setelah bergelar isteri! hahaha *poyo*

Malam ni berkesempatan ber blogging. Duk buat assignment ni haaaa.. encik suami ke masjid berjemaah blum pulang! kerajinan aku terlebih ckt mlm ni buka buku, baca case n research kt laptop!hahahaha. sambil tu, buka blog jap sambil duk tunggu dia balik kan!


Monday, 21 May 2012

Kehidupan yang agak signifikan

macam teringin nak ubah layout blog. tapi kurang kerajinan nak godek2 cara2nya.. maintain camni lah dulu..

tak pun, tnggu kot ada makhluk yg baik hati provide manual. ahaaa


ohhhh.. memang kesian kt blog ni dah kurang dapat perhatian skrg. seriously, lately aku da jd macam antisosial giler giler! bukan stakat blog, FB yg dulu macam makanan aku, skrg da jd pinggiran jugak. twitter pun layan ala kadar jugak. entahla, macam dah kurang feel. hehehe. mungkin dek pertambahan tugas dan sgala jnis checklist dalam idup, benda ni da kena tepikan sikit. lagipun kena dengar nasihat encik hasben kurangkan update show itu ini kt fb mahupun twitter. hmm.. btol gk katanya. berpada padalah.. nak meluah pun, luah dalam hati or lempar kt mana2 yg bertempat. Aku happy or sedih or bhgia terlampau pun, aku abadikan lah kt mana2 bersesuaian :) yang penting, aku harus bersyukur dgn perjalanan hidup sekarang. heee

Alhamdulillah, itu je mampu diucap. syukur di atas kegembiraan, kesedihan, kepeningan dan segala ke ke ke... 2012 tahun paling banyak memori dan tahun permulaan segala tahun utk aku.. huuuu..heeeee. Tahun ni da jadi isteri orang, dah kehilangan bapa, dapat kenaikan pangkat dan juga automatically pertambahan kerja dan tanggungjawab. dahla sekarang aku dah mnetap di bandar metropolitan country homes rawang nun, so jarak ke ofis agkla jauh. kol 7 lebih dah kena ada atas jalan raya. kena redah jem yg sederhana. if eksiden kt hai-way tu, jenuh la aku..agak mencabar bagi aku yg da lebih 4 tahun slesa berjalan kaki ke ofis dan smpai ofis time cukup2 makan. heee.. maka juga, meter pakcik swift skrg pun da aktif meningkat digitnya. pergi balik ofis 82km oooiiii!!tapi pakcik swift tidak mentekadarah minyak, alhamdulillah. sngt berbahagia memilikinya.. second husband tu. kdg2 dia blh bertukar jadi first husband!hehe

Weekend plk, macam biasalah ada kelas di gombak. tang master ni satu hal plk, seriously dah malas giler!!!hahaha.. tang attend kelas, aku enjoy saja. tapi tang assignment and presentation, ya ampun, tuhan je tau keliatannya!muahaha.. rasa macam tang tang tu gk nk defer! hahaha.. memikirkan ada lg 3 sem, aku tabahkan dan enjoi kan hati :) :) makin lama, rasa makin dungu. hahaha

Dahla, oklah.. ter meleret plk. kang ada ter over expose!hee.. yang penting, life goes on. jangan lupa utk selalu mengucap syukur dan kurangkan mengeluh *nasihat utk diri sdiri*

See you when I see you :)




Monday, 23 April 2012

Anniversary dan kematian

Esok Pakcik Swift genap setahun!

Dan jugak, almost 1 year jugakla perkenalan aku dan bakal suami. Eh dah sah jadi suami aku daa.. heee.. Dah jodoh kan, Swift tu antara sebab musabab dan jalan jodoh kami. tak sampai setahun punnn terus naik pelamin. heee

Alhamdulillah, sebulan lebih usia perkahwinan kami, macam2 jugak kami lalui. Dugaan sebelum kawen, masa nak akad nikah, masa kenduri dan malam pertama etc , kami redah ajerrr! hhehehe

Dan jugak, paling takleh lupa, genap sebulan usia perkahwinan kami, arwah abah jatuh dan tak sedar kt kebun beliau. Then 4/4, arwah pergi  meninggalkan kami selama-lamanya.. bila diingat kembali, arwah memang tak suka tarikh yg berbentuk 3/3 or 4/4 or 5/5 etc ni.. adala petua orang2 tua katanya. patutlah aritu masa pilih tarikh, arwah macam tak brapa senang. tapi bila dirunding kembali, since our akad nikah is on 2/3 and kenduri yang 3/3, dia macam okay semula. Dan Allah Maha Mengetahui segalanya, 4/4 dia dijemput mengadap Ilahi.. Semuanya ketentuan Ilahi kan.....

Apepun, permulaan tahun 2012 aku agak mencabar jiwa dan perasaan. Takpe, insyaAllah aku akan terus kuat. Kita yang hidup, kena teruskan hudup. Lagipun, arwah sempat melihat aku dah sah di bawah jagaan Azri kan. patut aku sangat bersyukur sebab dia sempat jadi wali aku.. oh sangat sebak bila teringat semua ni..

Okay takpelah.. life goes on. aku pun dah jadi bini orang. Tanggungjawab lagi banyak. Banyak ilmu lagi kena tambah. perangai kasar n degil ni kena banyak buang. hidup berumahtangga banyak kena toleransi.. aku sedang tekun mempelajari dan menerima seadanya. huuuuuuu... kalo nyawa diambil masa ni, sure aku bukan golongan isteri mithali. banyak lagi blum praktik. kesian encik suami. huuu.. Okay hubby ku sayang, I love you, respect u to the fullest!! Everything is you. Moga mahligai kita dirahmati Allah selalu :)

Doakan jodoh kami berkekalan dan bahagia selalu.. Ameen

Monday, 12 March 2012

Moga Allah berkati hubungan kami

Alhamdulillah... kami dah sah bergelar suami isteri 2 Mac 2012 yang lepas..


So sekarang sedang lalui fasa-fasa baru kehidupan sebagai seorang isteri. muahahahaha..

*masih blurr dan macam tak percaya lagi dah jadi wife orang.. grrrr*

Friday, 24 February 2012

Yeayyy dah jumaat!

Hari ni, minggu depan, insyaallah diizinkan Allah, majlis akad nikah aku dengan azri akan dilangsungkan. Doakan kami..........

Hari ni juga, last day kerja as bujang. hehehe.. pelbagai usikan la kt ofis ni kan.. aku layankan je.. senyummmm tak perlu kata apa2..

Perasaan sekarang........... sukar dirungkai.. aku doa je semua berjalan lancar..

Thanks kepada MD aku jadi orang pertama bagi kad and angpau.. hahahaha.. dan juga secretary our director dah bagi angpau awal2 sebab tak dapat pergi majlis kt kelantan.. thank you, rezeki :)