Termenung panjang baca THREAD ini.
Lantas trus tringat dosa silam.. Astaghfirullah.. *mode insaf*
Walaupon aku tak bercinta or ber couple sekarang, tp aku penah alami 'zaman gelap' itu. huuuu.. harap aku tak terjebak lagi dan harap cinta yg akan hadir nnt adalah 'cinta halal' dan biarlah akad je membibitkan perasaan cinta aku tuh. insyaallah. huuuu.. *hrp aku trus yakin, diperkuatkan iman dan jgn duk lagha sngt* hehehehehe..
Antara statement yg sangat menarik utk motivasi srta nasihat utk diri sndiri dari thread tersebut ;
Cinta selepas kahwin banyak masalah?
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Huuuuuuu.. dan apa nasib aku yg 'bebas' dan 'agak liar' = sociable nih???? Aku suka bersosial dgn kawan2 *include laki pmpuan*.. dan lepak bersama sama. aku ni dikira pempuan yg 'sosial' kah??? ke hulu ke hilir ngn lelaki n pmpuan. bergaul agak bebas *ermm..bebas cmna tuh* pergi picnic beramai2 cmpur lelaki pmpuan, attend knduri ramai2, mkn2 lelaki pmpuan, ajak mereka ke rumah utk makan makan. huuuuu... Some of my frens gtau aku ni pempuan sosial, lelaki tak suka pempuan yg bebas n asek duk campur boys n girls! sosialnya aku..waaaaa.. teruk kah akuuu...??
Aku duk tgh cari definisi sbnr 'pempuan sosial' nih...dan aku tgh duk tilik prangai sdiri.. sosial nya aku??terlampau mesra kah?? pergaulan bebasss.. ermmmm... itu adalah aku???
Tak salah berubah utk kebaikan kan.. aku nak jadi baik!! aku akan cuba menjadi yg terbaik. insyaallah.mana yg buruk, aku ubah. trima teguran org dgn terbuka k ;) aku takmau jadi perasan bagus, bajet bagus dan apa2 seangkatan ngn dia lahh... aku nak jadi diri akuuu.. huuuu
*sape la yg malang dpt mnerima aku.pmpuan baik utk lelaki baik, pmpuan nakal cam aku ni,msti dpt nakal jgk kan.. tkpela,sama2 kita berubah ke arah kebaikan.aminn*
Bubye Vyonce
3 weeks ago
5 comments:
tetiba tringat status sorg kwn kt fesbuk [male]
"dia sngt baik yg tak mungkin layak utk saya jadikan hak"
errmmm.same goes to me!!tak mngkin mengimpikan seorang lelaki yg budiman since i know who i am.saya nakal lagi poyo.uhukkk~~
Hey tak baik hard on yourself.
Nakal macam mana?
Sekarang zaman moden. Jangan ikut sangat konsep arab tu nanti makan hati dan diri.
Cuba tenguk Darus Penderon tu. Dia sokong Chelsea yang penuh dengan pemain yang nakal yakni suka bersetubuh haram. Tapi ini tidak melunturkan sokongan Darus walaupun mereka kafir, berzina.
Kalau kalah hatinya masih sedih. walhal john terry tu kayu api neraka je.
Lagipun awak pakai tudung nak nakal macam mana? Tak kan ada lelaki yang nak sentuh atau cuba ringan-ringan.
Ramai kawan pompuan yang dah pernah main dng lelaki akhirnya kahwin dgn lelaki virgin. Lelaki yang virgin mana tahu beza haha..
Jadi ayat yang sebetulnya yang hensem untuk pompuan yang cun, dan yang tak hensem dengan pompuan yang biasa je,lebih tepat..haha.
Tgk tu Norman Hakim dapat si Memey..lagi. Si awie tukar pompuan cantik selalu..
kte berharap dpt lelaki yg ensem, baik dan beriman. plg bagus if lelaki idaman kte seseorg yg penting kan kerjaya n family (for the time being), sbb nmpk dia adalah seorg yg penuh responsibilty rather than hidup dlm dunia cinta. tp ada ke lelaki best cam tu??? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kalo ade pon mcm la die na kat kte. sob2. T_T p.s: yg plg best tu sbb lelaki tu ensem. hahahahaha kerjaya da ade. aih mmg almost2 perfect la mc laa. hahahaha
err.. ni pndgn org la tau? just pndgn.. org rs cm agak tak stuju jek thread tu.. tak stuju sket la.. pintu taubat kan sentiasa terbuka.. kalau da taubat, kita suci bersih dr dosa2 lalu, insyaAllah.. so, kalau dulu da pena becinte, tak semestinya kita deserve dpt org yg pena becinta gak.. Allah tu kreatif.. msg2 akn ad cerita dia msg2.. n sume kesilapan kita tu pengalaman dn pengajaran.. bukan hukuman.. huhu.. as long as kita sentiasa berusaha jd baik n close to HIM, insyaAllah, siapa pun jodoh kita mesti Tuhan tentukan yang terbaik.. jgn ungkit2 dah kisah silam.. btw kak, nakal tu kretipsla! cuba kalau kawan dgn org tak nakal.. kdg2 bosan gak.. huhuhu~
errrkkkkk~~pojan, mana kau menghilang..takle buka blog hang!!nnt kalo rs down gile,aku rujuk hang.hrp dayah tak maraa..hee
muni~jgn berhenti berharap dan berdoa!! ;)
asma'~~
tenkiu dik..akak rs down kjap smlm..huuu
Post a Comment