Wednesday, 12 May 2010

Inilah cara untuk bahagia

Jangan Bersedih:

1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.

7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.

11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.

15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.

19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya.


*amik dari blog jangan bersedih ;)

10 comments:

Pumpkin Peroz said...

i use to be sad..
so sad that it seems like the world is tumbling down..
till i thought i lost my footing..
even thought that i was totaly paralyzed..
tp abg pojan pesan, bgn pagi solat sunat..i-Allah, in the morning, the sun will shine again, and i'll be happy again..hehehe..
(sumer bkn dr mane2 blog..hohoho)

Asma’ AB said...

kakak! thanks for sharing! sgt berguna untuk diri yang penyedih ini.. huhuhu~

Asma’ AB said...

kakak! thanks for sharing! sgt berguna untuk diri yang penyedih ini.. huhuhu~

FaZiLa said...

peyozz~~

syahdu sungguh!tkpe,sinar kebahagiaan akan muncul utk kita satu hari nnt..kita kena kuat n kena sneyum selalu..hihiii ;)

asma'~

sharing is caring dik..emosi tgh turun naik ni,ada 'ubat' cenggini tu kira ok la tu ;)

tayar soton said...

keluarga bahagia ke?

FaZiLa said...

tayar~

ahaaa..keluarga bahagia mcm lagu saujana nyanyi tu ;p

tayar soton said...

yup...sgt best...

sekeping hati d bw belayar...

FaZiLa said...

tayar~

oitt..salah lirik tuh..ni takle masuk jgn lupa lirik aznil nih..hahaha

*sekeping hati dibawa berlari*

tayar soton said...

wakaka...salah ke??...aduh...rugi RM5000...

FaZiLa said...

tayar~

tu lerr..takle masuk next season ;p